Perak Kini Bergantung Kepada Penjaga Gol Ketiga

Persiapan Perak untuk menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) nampak tidak seperti yang diharapkan selepas penjaga gol pilihan kedua, Khairul Amri Salehuddin dilanda kecederaan sewaktu jelajah pra-musim di Singapura.

Akhbar tempatan The Star melaporkan, penjaga gol berusia 30 tahun itu cedera di bahagian lutut selepas bertembung dengan pemain Balestier Khalsa FC dalam perlawanan persahabatan yang berkesudahan seri 1-1 di Stadium Toa Payoh pada Khamis.

Panjaga gol kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy yang merupakan pilihan utama masih belum sembuh sepenuhnya daripada kecederaan lutut. Ini bermakna, Perak kini terpaksa bergantung kepada penjaga gol ketiga, Muhammad Nasrullah Abdul Aziz.

Namun cabarannya adalah, Nasrullah masih belum pernah teruji dalam perlawanan-perlawanan besar dan perkembangan tersebut ternyata agak merunsingkan pengendali Te Bos Gaurus, Mehmet Durakovic.

Jurulatih berusia 54 itu kini mengharapkan kecederaan Khairul tidak terlalu serius dan Hafizul Hakim dapat pulih sepenuhnya secepat mungkin.

“Khairul bertembung dengan pemain import Belestier yang bertubuh besar dan saya terpaksa mengeluarkannya dan memasukkan Nasrullah. Bagaimanapun Nasrullah mampu beraksi dengan baik sekalipun kurang berpengalaman,” kata jurulatih kelahiran Australia tersebut.

Posted by Perak TBG on Thursday, 6 February 2020

“Penjaga gol utama, Hafizul masih dalam tempoh pemulihan, jadi sekarang ini kami perlu bergantung kepada penjaga gol pilihan ketiga.

“Nasrullah walaupun baru berusia 22 tahun, dia sudah pun bersama pasukan selama dua tahun.

“Memang agak janggal untuk penjaga gol ketika mendapat peluang untuk beraksi, jadi saya harap Nasrullah untuk mengambil peluang ini bagi membuktikan kemampuannya.”

Kredit Foto: Perak TBG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram