Perak Buru Kipre Tchetche, Selangor Mahu ‘Pancing’ Kpah Sherman

Kerjasama Semuanya BOLA

Kpah-Sherman-Tchetche-Kipree-Kedah-2020

Duo sensasi Kedah, Kipre Tchetche dan Kpah Sherman dikhabarkan masing-masing telah menerima tawaran daripada Perak dan Selangor untuk musim hadapan.

Belum ada keputusan rasmi mengenai perpindahan Kipre Tchetche dan Kpah Sherman, namun nampaknya Kedah mungkin terpaksa melepaskan mereka sekiranya tawaran dari sana lebih lumayan. Semua sedia maklum, Kedah mahu membuat pengurangan kos perbelanjaan pasukan terutamanya dari segi pembayaran gaji.

Ini kerana, pengurusan tertinggi baharu Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) merasakan pasukan telah berbelanja di luar kemampuan sebenar pasukan. Mungkin ianya lebih kepada perbelanjaan untuk pembayaran gaji para pemain untuk musim 2020.

Dan mungkin semua dapat mengagak yang kedua-dua pemain import ini, mungkin adalah penerima gaji terbesar di Kedah. Jika pengurangan gaji mahu dilaksanakan oleh KFA ataupun pemilik baharu pasukan nanti, adakah mereka akan menerimanya?

Yang pasti, ianya sukar melainkan mereka mahu beraksi di saingan Piala AFC 2021. Dan sekiranya Aidil Sharin memuktamadkan dengan menandatangani kontrak baharu nanti, mungkin juga kedua-dua pemain ini akan ‘dipujuk’ untuk kekal bersama.

Kedah akan tampil beraksi di saingan Piala AFC musim depan selepas menamatkan Liga Super musim ini di kedudukan kedua dan Aidil Sharin yang telah secara lisannya bersetuju dengan kontrak lanjutan dua tahun, sebelum ini telah memberi bayangan mahu majoriti skuad ini dikekalkan untuk musim hadapan.

Untuk musim ini, Perak dilihat mengharapkan sepenuhnya kepada Shahrel Fikri untuk menjadi peledak utama pasukan, sementara penyerang import, Guilherme de Paula yang dibawa masuk daripada Kuala Lumpur, hanya menghasilkan tiga gol.

Dengan perkhabaran Shahrel Fikri sudah hampir memuktamadkan kontrak bersama Selangor musim hadapan, sudah tentu pengurusan Perak memerlukan penyelesaian segera untuk pemain yang bakal mengemudi jentera serangan mereka nanti.

Untuk Selangor pula, khabar angin mengatakan pemenang Kasut Emas musim ini, Ifedayo Olusegun mahukan kenaikkan gaji selepas membantu Selangor meledak 12 gol dalam 11 penampilan. Namun, Selangor katanya mungkin akan beralih kepada Kpah Sherman yang diketahui juga klinikal di depan gawang gol.

Sekiranya gaji yang dipersetujui oleh Kpah Sherman lebih rendah, besar kemungkinan The Red Giants akan lebih memilihnya berbanding Ifedayo Olusegun, yang juga kini dikhabarkan sedang dintai rapat oleh Terengganu FC yang akan ke Piala AFC 2021.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Kpah Sherman dan Kipre Tchetche:

Piala Malaysia 2020: Kpah, Kipre Bawa Kedah ‘Terbang’ Ke Suku Akhir

Kedah Intai Khidmat Rabih Ataya Untuk Ganti Amin Nazari?

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram