Pepe Tuduh Mourinho Punca Orang Lebih Benci Real Madrid, Gembira Dengan Pengurusan Zidane

Bek tengah Real Madrid dan Portugal Pepe membuat kenyataan berani mati ke atas bekas pengurus beliau yang juga senegara dengan beliau, Jose Mourinho.

pepe-mourinho

Bercakap kepda Cedena Ser, Pepe mengakui Real Madrid FC menjadi kelab yang sangat dibenci ramai pihak di luar sana ketika di bawah pengurusan Jose Mourinho.

Pepe: Mujurlah, Ia Hanya 3 Tahun 

Pepe tidak menyembunyikan kegembiraan beliau kerana tidak lama selepas itu Jose Mourinho meninggalkan Real Madrid lebih cepat daripada yang dijangka.

Menurut Pepe lagi, di dalam kem Real Madrid, Jose Mourinho turut mencipta musuh. Misalnya dengan Iker Casillas dan beliau sendiri.

pepecasillas-cropped_1db71m71bnk991ot2sp5s6585i

“Di bawah Mourinho, ramai orang lebih membenci kami setiap kali kami masuk ke dalam padang. Ia berlaku sepanjang tiga tahun Jose di sini dan saya sangat bersyukur akhirnya ia berakhir dengan cepat.”

Pepe menyatakan kedatangan Carlo Ancelotti telah membawa perspektif yanng lebih baik daripada orang di luar kepada Real Madrid,

promo249590065

Ancelotti membantu Real Madrid menjuarai UCL ke-10 Piala Eropah.  Pada musim kedua Carlo,beliau membimbing Madrid merekodkan 22 kemenangan berturut-turut dengan kejayaan menjulang UEFA Super Cup dan Piala Kelab Dunia.

“Keadaan berubah apabila Carlo Ancelotti datang, anda boleh lihat mereka mulai melayan kami dengan cara yang berbeza dan lebih baik.”

Gembira Di Bawah Kendalian Zidane

Pepe mengakui semua pemain Real Madrid yakin dan gembira di bawah kendalian lagenda kelab tersebut,  Zinedine Zidane.

zidane-pepe

“Apa yang berlaku di antara kami dan Mourinho sudah berlalu.  Kini saya menjadi lebih kuat dan cuba mengekalkan permainan saya di peringkat tertinggi.”

” Mourinho dan Zidane yang sangat berbeza. Namun saya bukan bermaksud seorang lebih baik dan seorang lagi lebih teruk.”

“Mourinho ada banyak pengalaman sebagai jurulatih, dengan kelab-kelab besar dan pemain-pemain ternama. Zidane baru sahaja memulakan karier beliau pada tahun lepas. ”

“Zidane telah bermain di peringkat tertinggi dan beliau sentiasa tahu apa yang berlaku di atas padang.”

“Zidane menegenali para pemain dan tahu apa yang kami fikirkan. Beliau mempunyai karier yang cemerlang ketika bermain di Real Madrid. Oleh itu, beliau sangat memahami tekanan yang ada di sini.”

Baca juga : 6 Cabaran Yang Gagal Diharungi Moyes Dan LVG, Tetapi Perlu Dihadapi Oleh Jose Mourinho

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN