Pepe Reina: Penguin Bernyanyi Yang Pernah Menjulang Piala Dunia

Pepe Reina Penguin Bernyanyi The Mask Singer

Bekas penjaga gol Liverpool, Pepe Reina nampaknya boleh bernyanyi selain tangkas beraksi di gawang gol apabila tampil dalam rancangan The Mask Singer Sepanyol.

Pastinya semua pemain bola sepak ada sisi lain yang pelbagai. Selain kebolehan dalam nyanyian, mungkin ada yang hebat dalam bermain permainan video, pandai berniaga, malah ada yang bijak pandai sehingga berjaya dalam bidang pelajaran.

Untuk Reina, selepas ini, di dalam resumenya, beliau boleh meletakkan tambahan sejarah silamnya sebagai seekor penguin besar yang boleh bernyanyi di pentas.

Reina tampil menyertai sebuah program realiti televisyen The Masked Singer edisi Sepanyol, sebuah program televisyen yang berkonsepkan nyanyian dengan identiti peserta sebenar dirahsiakan kerana tampil dengan pelbagai kostum menarik.

Juri pertandingan tersebut perlulah meneka identiti penyanyi yang memakai pelbagai kostum tersebut berdasarkan klu-klu yang diberikan sepanjang program tersebut. Dan untuk Reina, ada dikalangan juri itu telah berjaya menekanya dengan tepat.

Mungkin klu yang diberikan menjurus kepada bola sepak, ada antara juri telah meneka Penguin Besar tersebut adalah bekas pemain tengah Sepanyol dan Barcelona, Andres Iniesta kecuali seorang pelawak, Jose Mota yang percaya itu adalah Reina.

Ciap Reina di Twitternya, “Sedang mempertimbangkan jika langkah seterusnya adalah Eurovision [pertandingan nyanyian]. Sungguh istimewa untuk menjadi peserta dalam @MaskSingerA3! Saya telah menempuhi pengalaman yang sangat hebat.”

“Salam sayang daripada penguin flamingo anda,” titipnya mengenai pengalamannya menyertai program tersebut yang telah bersiaran pada setiap malam Rabu.

Tentunya pencinta Liverpool sangat kenal dengan Reina. Karier gemilangnya menjurus kepada Liverpool dengan empat kejuaraan dijulangnya bersama The Reds. Selain itu, beliau juga meraih gelaran naib juara UEFA Champions League bersama mereka.

Selain itu, kariernya bersama Sepanyol juga tidak kurang hebatnya apabila menjulang dua kejuaraan Euro dan Piala Dunia bersama negaranya itu. Jadi, beliau juga adalah selebriti di negaranya dalam bidang sukan dan kini dalam bidang nyanyian pula!

Mungkin ada yang sedang tertanya-tanya, adakah Reina sudah menggantung sarung tangannya? Tidak! Beliau masih lagi beraksi dan ketika ini sedang bersama kelab Serie A, Lazio yang disertainya sejak musim 2020 selepas meninggalkan Aston Villa.

Beliau juga pernah melalui detik menakutkan apabila sukar bernafas untuk 25 minit apabila terkena jangkitan COVID-19 ketika bermain bersama Aston Villa. “Ia adalah tempoh paling buruk dalam hidup saya,” ungkapnya tentang pengalaman tersebut.

Untuk rekod, beliau bukanlah satu-satunya bintang bola sepak yang pernah menyertai rancangan The Mask Singer tersebut apabila sebelum ini, lagenda England, Glenn Hoddle dan Teddy Sheringham dilihat pernah buat kemunculan dalam versi UK.

Di Malaysia, The Mask Singer yang pernah bersiaran untuk satu edisi pada tahun 2020, namun tidak menampilkan bintang bola sepak, sebaliknya bintang hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi telah membuat kemunculannya yang mengejutkan ramai.

Baca lagi artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Malaysia dan dunia:

Lazarus Kaimbi: Saya Bukan Penyerang, Dollah Salleh Yang Letak Situ

9 Penjaga Gol Di PSG, Donnarumma Bakal Dipinjamkan Ke Kelab Lain?

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN