Pep Guardiola Tegaskan Tidak Akan Kembali Jadi Pengurus Di Sepanyol

Pep

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui beliau kini sudah cukup selesa dengan apa yang beliau ada sekarang di England.

Dalam satu temu ramah di Sepanyol, bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu berkata beliau kini mempunyai apa sahaja yang diperlukan di kelab tersebut.

“Jujurnya, saya sudah ada segalanya yang saya perlukan di Manchester City.”

“Berbelanja itu bukan sekadar untuk memenangi kejuaraan namun begitu atau bersama-sama dengan pemain untuk satu tempoh yang lama.”

MANCHESTER, ENGLAND – MAY 06: Khaldoon al-Mubarak, Manchester City chairman and Josep Guardiola, Manager of Manchester City pose with the Premier League trophy as Manchester City win the Premier League after the Premier League match between Manchester City and Huddersfield Town at Etihad Stadium on May 6, 2018 in Manchester, England. (Photo by Michael Regan/Getty Images)

Menurut Guardiola, keputusan beliau untuk memperbaharui kontrak bersama Manchester City kerana skuad yang sedia ada adalah muda.

“Saya perbaharui kontrak kerana pasukan saya ini muda. Saya ada semuanya yang saya harapkan untuk lakukan kerja saya.”

“Lagi satu, ke mana saya akan pergi dari sini? Saya tak akan kembali semula ke Sepanyol atau Jerman.”

Guardiola memberi isyarat tidak akan pulang ke dua negara tersebut terutamanya Sepanyol kerana layanan pihak media yang cukup keras kepadanya.

“Berkerja di Sepanyol ini lebih sukar, emosinya lebih tinggi dan sidang media lebih susah untuk dikendalikan.”

“Media di Sepanyol akan sentiasa cari jalan untuk mencipta isu daripada sesuatu perkara. Saya tak dapat perkara itu di Jerman.”

Guardiola mencipta rekod baharu untuk Manchester City pada musim lalu apabila menjadi pasukan pertama yang menjuarai 3 gelaran domestik dalam satu musim.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram