Pep Guardiola Tagih Sentuhan ‘Pemain Penting’, Sergio Aguero Untuk Berdepan Chelsea

Aguero

Sumbangan hebat yang dipamerkan Sergio Aguero bagi membantu perjalanan skuad Manchester City mendapat pujian dari pengurus mereka, Pep Guardiola menjelang aksi menentang Chelsea di Stadium Etihad.

Aguero terus membuktikan ketajaman penyudahnya selepas mencetak hatrik ketika bertemu Arsenal pada perlawanan minggu lalu.

Guardiola bukan sahaja memuji tiga jaringan penting yang dihasilkan malah turut menyanjung aksi konsisten peledak utama berusia 30 tahun tersebut dalam beberapa tahun ini dan menyifatkan Aguero sebagai pemain yang penting.

Aguero berjaya menjaringkan sekurang-kurangnya 28 gol pada setiap musim sejak lima tahun yang lalu dan dijangka tidak berdepan masalah untuk mengulangi perkara yang sama pada musim ini.

Ketika ini, beliau telah menjaringkan 20 gol dalam semua kejohanan buat Manchester City serta meledakkan 14 gol selepas mengharungi 26 perlawanan Liga Perdana Inggeris.

MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 24: Josep Guardiola, Manager of Manchester City and Sergio Aguero of Manchester City celebrate after winning the penalty shoot out in the Carabao Cup Fourth Round match between Manchester City and Wolverhampton Wanderers at Etihad Stadium on October 24, 2017 in Manchester, England. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

”Pemain besar perlu hadir pada perlawanan besar, pada detik besar dan dia (Sergio Aguero) telah melakukannya.”

”Diharapkan dia dapat meneruskan apa yang telah dilakukannya. Dalam perlawanan besar, kami amat memerlukan pemain yang penting.”

”Bukan (Maurizio) Sarri yang penting, bukan Pep, bukan Jurgen (Klopp) atau mana-mana pengurus. Perlawanan ini dimiliki oleh pemain dan perlawanan penting buat pemain yang istimewa.”

Pada aksi di Stamford Bridge, Manchester City hampa selepas tunduk 1-2 yang turut menyaksikan Chelsea menjadi pasukan pertama yang menewaskan mereka dalam saingan liga musim ini.

Sergio Aguero kini juga merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman buat Manchester City selepas berjaya mencipta 219 gol sejak bersama The Cityzens pada Julai 2011.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN