Pep Guardiola: Sukar Untuk Mencari Pengganti David Silva

Kerjasama Semuanya BOLA

David Silva Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan bahawa amat sukar baginya untuk mencari pengganti pemain tengah, David Silva yang bakal meninggalkan The Cityzens pada penghujung musim ini.

Berkelana ke England pada musim 2010/11 selepas meninggalkan Valencia, Silva sentiasa menjadi sandaran utama pengurus-pengurus Manchester City seperti Roberto Mancini, Manuel Pellegrini dan Guardiola.

Pemenang empat medal kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu disifatkan oleh Guardiola sebagai seorang pemain yang amat unik dan kehilangannya bakal membuatkan pengendali kelahiran Sepanyol tersebut bergelut untuk mencari pengganti Silva.

”Menandatangani mana-mana pemain dengan corak permainan serta kualiti sepertinya adalah cukup sukar, terutamanya bagi menggantikan daya saingnya, tidak hanya kualiti dimilikinya.”

”Kualitinya sangat unik dan istimewa, kemampuannya untuk bergerak di ruang tertutup,” ujar Guardiola menurut laporan Goal.

”Apa yang mengejutkan saya sepanjang mengenalinya dalam empat tahun bersama adalah daya saing yang luar biasa apabila dia beraksi.”

Meskipun sudah menjengah usia 34 tahun, Silva masih mampu beraksi baik pada 27 penampilannya dalam saingan Liga Perdana Inggeris 2019/20 yang menyaksikan beliau berjaya menjaringkan enam gol dan mencipta 10 bantuan jaringan.

Selain daripada empat gelaran juara EPL yang diraihnya, Silva turut menjadi tonggak utama buat Manchester City dalam menjuarai kempen Piala FA sebanyak dua kali dan lima kali menjulang trofi Piala Liga termasuklah pada musim ini.

Kredit featured image: Shaun Botterill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai David Silva:

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram