Pep Guardiola: Persaingan Liga Akan Berakhir Jika Manchester City Tewas Ditangan Liverpool

Guardiola

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola memberi amaran kepada anak buahnya yang mereka berisiko untuk tercicir daripada pemburuan Liga Perdana Inggeris (EPL) jika gagal menewaskan Liverpool di Stadium Etihad, Jumaat ini.

The Cityzens berjaya bangkit dari kekecewaan tewas dua kali berturut-turut keatas Crystal Palace dan Leicester City sebelum pasukan itu kembali memperolehi kemenangan dengan menewaskan Southampton 3-1 semalam. 

Kemenangan tersebut sekaligus merapatkan jurang dengan pendahulu liga – Liverpool dalam usaha City untuk mengekalkan trofi kejuaraan musim ini.

Persaingan akan berakhir

Man. City kini menduduki tempat kedua ketinggalan tujuh mata di belakang Liverpool yang mengumpul 54 mata.

Guardiola menegaskan bahawa perlawanan bertemu Liverpool  selepas ini adalah sebagai perlawanan penentu pasukan itu untuk meraih gelaran liga musim ini.

Beliau akui yang Liverpool kini sedang berada dalam prestasi terbaik dan sukar bagi pasukan itu untuk tercicir mata penting.

Persaingan liga mungkin akan berakhir jika pasukannya mengalami kekalahan bertemu Liverpool selepas ini.

Liverpool’s Brazilian midfielder Roberto Firmino (L) celebrates shooting from the penalty spot to score his team’s fifth goal during the English Premier League football match between Liverpool and Arsenal at Anfield in Liverpool, north west England on December 29, 2018. (Photo by Paul ELLIS / AFP)

“Kami sedar dengan kedudukan Liverpool, jika melepaskan mata, ia akan berakhir (persaingan merebut kejuaraan),” kata Guardiola.

“Ia akan menjadi hampir mustahil. Mereka akan melepaskan mata namun agak mustahil.”

“Ini adalah cabaran kepada kami pada Jumaat nanti, cuba menang dan mengekalkan posisi sebaik mungkin untuk bersaing merebut kejuaraan di penghujung musim nanti.”

Masih percaya pemain

Guardiola bagaimanapun menolak andaian dari sesetengah pihak yang mendakwa beliau sudah hilang keyakinan keatas para pemain selepas pasukan itu dikejutkan  Crystal Palace dan Leicester City minggu lalu.

“Bagaimana saya boleh meragui mereka (pemain)?” jawabnya apabila ditanya mengenai hal tersebut.

“Bola sepak memang begitu. Kami mencipta peluang untuk mendahului 2-0 atau 3-0, kami melepaskan satu gol.”

SOUTHAMPTON, ENGLAND – DECEMBER 30: Sergio Aguero of Manchester City (2R) celebrates with team mates as he scores his team’s third goal during the Premier League match between Southampton FC and Manchester City at St Mary’s Stadium on December 29, 2018 in Southampton, United Kingdom. (Photo by Dan Istitene/Getty Images)

“Menentang Crystal Palace dan Leicester, mereka gembira dengan keputusan 1-1 dan mereka mendapat satu lagi jaringan. Saya sentiasa menilai usaha kami dalam perlawanan dan sikap mahu mencuba.”

Tambah pengendali dari Sepanyol itu, beliau sebagai berkata, nasib tidak menyebelahi pasukannya ketika ini apabila tewas dua perlawanan dan seterusnya mereka bakal bertemu Liverpool.

“Kami menang banyak perlawanan namun malangnya tewas dua kali dan mempunyai pesaing (Liverpool) yang kini adalah pasukan terbaik di Eropah atau dunia.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN