Pep Guardiola: Old Trafford Bukan Lagi Tempat Yang Perlu Ditakuti

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menyifatkan gelanggang rasmi Manchester United iaitu Stadium Old Trafford bukan lagi tempat yang perlu ditakuti oleh pasukan lawan berdasarkan prestasi semasa skuad kendalian Ole Soksjaer itu pada musim ini.

Beliau berkata demikian dalam Fox Sports menjelang pertembungan derbi di kubu Manchester United itu, pada hari Khamis ini.

Perlawanan tersebut penting kerana ia akan memastikan juara bertahan tersebut berada di landasan tepat untuk muncul sebagai kelab pertama dalam sejarah bola sepak England merangkul kesemua tiga gelaran domestik dalam satu musim.

City memiliki reputasi mengagumkan selepas melakar lima kemenangan dan sekali seri dalam tujuh perlawanan terakhir liga di Old Trafford, termasuk kemenangan 6-1 dan 3-0.

Guardiola, bagaimanapun enggan menggunakan rekod tersebut sebagai alasan terhadap keyakinan skuad bimbingannya, walaupun dia mengakui kunjungan ke Old Trafford tidak lagi menggerunkan seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

“Saya tidak mencipta teori tentang apa yang berlaku pada masa lalu dan juga masa depan. Setiap perlawanan semuanya berbeza. Alasan mengapa ia berlaku kerana kelab ini dalam tempoh sedekad telah banyak berkembang dan kami tidak lagi takut untuk ke sana (Old Trafford).

“Sebelum ini, mungkin lebih sukar. Para pemain Manchester City sejak sedekad lalu telah menjadikan pertemuan ini semakin seimbang,” katanya.

Jika City menewaskan United, mereka berpeluang menjarakkan kedudukan daripada Liverpool kepada kelebihan satu mata untuk merampas kembali takhta liga dengan baki tiga perlawanan lagi.

Pertembungan derby itu dibayangi kekalahan memalukan 0-4 United di tangan Everton, Ahad lalu, dan persembahan buruk dipamerkan skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer itu mendapat kritikan pelbagai pihak.

Guardiola, bagaimanapun, tidak menjangkakan persembahan di Goodison Park akan memberi kesan besar kepada aksi derby.

“Sedikit..mungkin, tetapi walaupun mereka mencatat keputusan yang bagus, keyakinan kami tetap tinggi.

“Ini perlawanan derby dan setiap kali kami menentang United, aksi tersebut pasti menjadi istimewa dan para pemain akan memberikan yang terbaik demi penyokong dan juga kelab,” jelas Guardiola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN