Pep Guardiola: Kami Tak Perlukan Pemain Baharu

Pep Guardiola

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola jelas sudah berpuas hati dengan skuad yang dimiliki dan menegaskan The Cityzens tidak memerlukan pemain baharu pada jendela perpindahan yang akan kembali dibuka Januari nanti.

Menduduki tangga ke-10 selepas mengharungi sembilan perlawanan, kelab berpangkalan di Manchester itu disebut-sebut bakal membelanjakan wang bagi memperkuatkan pasukan.

Guardiola yang mula bersama kelab tersebut pada 1 Februari 2016 berpendapat tiada keperluan buatnya untuk membawa masuk pemain baharu apabila melihat skuad sedia ada mampu untuk menghadirkan kejayaan diharapkan.

”Tidak, tidak sama sekali [mendapatkan pemain baharu]. Saya memiliki sebuah pasukan yang hebat untuk merebut setiap pertandingan disertai.”

”Para pemain di mana mereka beraksi dengan baik, mereka berterusan untuk mempamerkan aksi baik,” ujar Guardiola menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Para pemain terutamanya di barisan pertahanan yang tidak melakukan kesilapan. Semua orang melakukan kesilapan tetapi mereka memiliki peluang untuk terus berada bersama pasukan.”

”Dan bagi mereka yang beraksi di jentera serangan di mana berjaya menjaringkan gol, mereka mempunyai lebih banyak peluang untuk terus bersama pasukan.”

”Saya cuba untuk menilai para pemain saya pada mengikut prestasi semasa. John [Stones] bermain dengan baik dan saya begitu gembira kerana dia merupakan seorang yang istimewa buat saya.”

Manchester City yang berusaha untuk menjulang trofi EPL buat kali kelima pada musim ini telah membawa masuk dua pemain pertahanan, Ruben Dias dari Benfica dan bekas pemain Bournemouth, Nathan Ake serta turut merekrut pemain sayap meningkat naik, Ferran Torres dari Valencia.

Kredit featured image: Michael Regan – UEFA/UEFA via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Pep Guardiola:

Pep Guardiola Desak EPL Perkenal Semula Peraturan 5 Pemain Gantian

Pep Guardiola Hairan Man United Gagal Jadi Pesaing Liga Sejak Beliau Tiba

Pep Guardiola: Sukar Untuk Mencari Pengganti David Silva

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply