Pep Guardiola Goyang Ancaman Dari Trio ‘MNM’

Pep Guardiola goyang ancaman dari trio ‘MNM’ menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi saingan Champions League awal pagi nanti.

Manchester City dan Paris Saint Germain di undi untuk berada dalam kumpulan A dengan mereka bakal bertemu dalam perlawanan kedua saingan peringkat kumpulan yang akan dilangsungkan di Parc des Princes.

Kedua-dua pasukan merupakan pilihan utama kejohanan dengan Manchester City kini menjadi pendahulu kumpulan A selepas mencatatkan kemenangan 6-3 menewaskan RB Leipzig bulan lalu.

Paris Saint Germain masih belum mencatat kemenangan dalam pertandingan pada musim ini selepas mereka sekadar mencatat keputusan seri 1-1 bertemu Club Brugge sebelum ini.

Melihat kepada barisan pemain, Paris Saint Germain dilihat mempunyai kelebihan apa lagi selepas mereka berjaya menandatangani lima pemain berkelas dunia pada jendela perpindahan musim panas lalu.

Lionel Messi sememangnya pemain terhebat dalam dunia bola sepak namun beliau masih belum mampu untuk memberikan impak seperti yang diharapkan sejak bersama PSG.

Satu hal yang pasti, ia kerana beliau berdepan masalah kecergasan dan turut dibelenggu dengan beberapa siri kecederaan.

Namun beliau kini sudah kembali menjalani latihan seperti biasa bersama rakan sepasukannya, dan sudah bersedia untuk kembali beraksi.

Gandingan Messi dan Neymar sudah terbukti berkesan dengan mereka sebelum ini pernah membentuk gandingan trio ‘MSN’ bersama Suarez dan menjadi antara trio terhebat dalam sejarah dunia bola sepak.

Neymar dan Mbappe juga berjaya membentuk gandingan sempurna dengan mereka berdua menjadi nadi penting dalam sistem serangan PSG sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Ketiga-tiga mereka juga sudah biasa beraksi dalam kejohanan besar dan berdepan dengan tekanan ketika beraksi dalam perlawanan penting.

Neymar, Messi dan Mbappe juga merupakan antara pemain yang mencatatkan statistik terbaik dalam saingan Champions League sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Pochettino turut memberi bayangan yang beliau akan menurunkan ketiga-tiga pemain tersebut dalam kesebelasan utamanya dan tentunya beliau turut mengharap anak-anak buahnya itu akan mempamerkan aksi persembahan terbaik mereka.

“Kita sedang bercakap tentang pemain terhebat dalam dunia bola sepak.”

Jelas Pochettino ketika bercakap tentang persediaan skuadnya berhadapan Manchester City awal pagi nanti.

“Mereka memerlukan masa untuk bekerjasama dalam suasana dan corak permainan berbeza. Mereka juga perlu masa untuk kenal lebih dalam sesama sendiri.”

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola sendiri bingung bagaimana untuk beliau berdepan dengan bintang-bintang handalan PSG.

“Saya tak tahu apa yang perlu dilakukan.”

Jelas Pep Guardiola ketika ditanya tentang bagaimana perancangan beliau untuk berdepan dengan gandingan Neymar, Messi dan Mbappe.

“Mereka sangat bagus. Bagaimana untuk bertahan dengan baik tanpa bola dan menghalang mereka ketika mereka membawa bola. Mereka pemain yang sungguh menakjubkan.”

“Apa perlu saya lakukan? Saya pun tak tahu. Dengan kualiti yang mereka ada, saya tak tahu macam mana mahu hentikan mereka, jujur saya katakan, mereka sangat bagus.”

“Dengan bakat-bakat yang mereka ada untuk kami awasi mereka memang sangat sukar. Kita akan cuba untuk bertahan dengan baik, tak kira waktu ada atau tiada bola di kaki.”

“Mereka pemain yang sungguh luar biasa. Kesemua mereka hebat dari segi individu. Mereka boleh bergabung dan berhubung dengan sangat bagus antara satu sama lain. Kami akan cuba merancang sesuatu untuk berdepan dengan itu.”

Pep Guardiola turut bercakap tentang Messi dengan beliau tidak menafikan bahawa bintang Argentina itu merupakan pemain terhebat sepanjang zaman.

“Messi bercakap dan buktikan kehebatan dia di atas padang. Saya tak perlu tambah apa-apa.”

“Kita beruntung untuk dapat lihat dia sepanjang tempoh 15 ke 16 tahun ini sebagai pemain profesional. Apa yang sudah dia lakukan sepanjang karier dia lebih dari luar biasa menakjubkan. Semoga esok dia boleh bermain dan menghiburkan semua orang.”

Bercakap tentang pertemuan mereka pada tahun lalu, Guardiola menegaskan yang situasi pada tahun ini sudah tidak sama lagi, tambahan pula Paris Saint Germain kini sudah mempunyai pemain seperti Messi.

“Itu musim lalu. Mereka sangat menakjubkan dan ia merupakan perlawanan yang sangat sengit, dan sekarang mereka sudah ada Messi.”

“Mereka merupakan pencabar yang hebat dalam pertandingan ini, permulaan baru. Ini peringkat kumpulan, bukan peringkat kalah mati. Ia sangat berbeza.”

“Kami ada bermain beberapa hari lalu dan itu memberi kami tenaga tambahan, tapi ini bola sepak dan pertandingan yang berprestij, segalanya boleh berlaku.”

“Bertemu PSG, mereka merupakan pasukan yang lebih baik ketika aksi babak pertama di Paris. Di Etihad kami bertahan dengan sempurna dan menghukum mereka dengan serangan balas.”

“Mereka ada pemain yang hebat dan kita perlu bermain sebagai sebuah pasukan. Kita harus kompak, saling membantu satu sama lain dan harus sedar kita akan menderita kalau gagal mengawal mereka.”

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN