Pep Guardiola Bercakap Soal Kecergasan & Bertemu Arteta Menjelang ‘Restart’

skysports-guardiola-arteta-man-city-arsenal

Dalam wawancara bersama Fox Sports, Pep Guardiola mengakui sedikit gusar mengenai kecergasan pemainnya serta berdepan bekas pembantunya, Mikel Arteta.

Awal pagi nanti, Manchester City akan menanti kunjungan Arsenal di stadium kosong – Etihad, untuk aksi pertama selepas 100 hari saingan English Premier League (EPL) terhenti akibat pandemik dan banyak perkara yang bermain di minda Pep Guardiola.

Pemain tidak cukup cergas

Ini kerana, munurutnya, pasukannya mungkin kurang bersedia untuk kembali beraksi dengan persiapan yang singkat selain isu kecergasan dan juga kecederaan yang mungkin bakal mengganggu prestasi para pemain ketika perlawanan sebenar nanti.

“Anda tanya saya bagaimana keadaan pasukan? Saya tidak tahu. Kita akan dapat lihat tahap mereka esok. Apa yang kami risau dalam tiga minggu ini adalah kebersediaan pasukan. Di Jerman dan Sepanyol mereka bersedia dalam lima ke enam minggu.

“Anda masih dapat bermain selepas tiga minggu bercuti, tetapi ini adalah dua minggu cuti dengan berehat di atas sofa sahaja. Sebab itu saya rasa pemain saya tidak akan cukup cergas,” jelas Guardiola mengenai aksi pertama mereka berdepan Arsenal.

Pengendali berpengalaman itu tidak dapat gambarkan bagaimana mereka berdepan aksi pertama ini kerana mereka baru sahaja tiga minggu dibenarkan untuk berlatih dan hanya melalui aksi pemanas badan sesama mereka dalam tempoh tersebut.

City akan cuba sesuaikan diri

Apa yang mampu beliau sampaikan dan minta kepada pemain dalam tempoh tiga minggu persediaan ini adalah, mereka hanya perlu bermain seperti yang telah dirancang dan menikmati perlawanan sebagaimana ketika mereka masih kecil dahulu.

“Anda hanya perlu buat apa yang telah anda ketahui. Ini kerana, tiada apa-apa yang baharu yang kita buat dalam tempoh tiga minggu tersebut. Ideanya adalah menyesuaikan diri dengan keadaan dan menikmati perlawanan tersebut,” ujarnya.

Guardiola adalah antara individu yang terkesan dengan pandemik ini apabila telah kehilangan ibunya pada awal April lalu kerana jangkitan virus tersebut dan menurutnya, ia adalah masa yang sukar buat diri dan juga keluarganya menerima khabar itu.

Selain Guardiola, Mikel Arteta juga adalah individu yang terkesan dengan pandemik itu apabila dirinya sendiri telah disahkan positif terkena jangkitan pada Mac lalu – sebelum liga tertangguh dan telah sembuh sepenuhnya sebulan kemudian.

Arteta tahu segalanya

Menurut Guardiola, bekas pembantunya itu mengetahui rahsia pasukan sebagaimana dirinya dan semuanya terserah kepada pemain untuk mencorakkan permainan kerana mereka yang akan berlawan di dalam padang bukanlah dirinya atau Arteta.

Arteta telah menyertai Arsenal pada Disember lalu untuk tugasan pertamanya sebagai pengurus pasukan selepas membantu Guardiola di City sejak 2016. Guardiola adalah individu yang bertanggungjawab meyakinkannya untuk menjadi jurulatih.

“Dia [Arteta] mengetahui semua rahsia [City] sebagaimana yang saya ketahui. Tetapi, bukan kami yang akan beraksi di atas padang tetapi perlawanan ini adalah milik semua pemain,” ujarnya mengenai pertembungan mereka berdua awal pagi nanti.

“Dia sangat arif mengenai kami kerana kami masih sama dengan keadaan ketika dia masih di sini. Dia memainkan peranan penting atas kejayaan kami pada musim lalu. Dia telah membantu membentuk City yang ada ketika ini,” tegasnya.

Penutup

Arsenal ketika ini berada di kedudukan yang agak sukar iaitu kedudukan ke-9 liga sementara Guardiola dan City ketika ini menghuni kedudukan kedua liga dengan mengumpul 57 mata, empat mata di depan pesaing terdekat, Leicester City.

Pertembungan antara Guardiola dan Arteta sememangnya sangat dinantikan kerana ini pertembungan pertama mereka sejak berpisah apabila Arteta menyertai The Gunners pada Disember lalu. Siapa yang akan muncul sebagai pemenang?

KREDIT FEATURED IMAGE: SKYSPORTS

Baca lagi mengenai Pep Guardiola dan Mikel Arteta:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN