Penyokong Tottenham Ditahan Kerana Baling Kulit Pisang Kepada Aubameyang

Seorang penyokong Tottenham Hotspur telah ditahan oleh pihak berkuasa selepas tindakan beliau membaling kulit pisang ke arah padang – disasarkan kepada Pierre-Emerick Aubameyang sebaik sahaja pemain itu menjaringkan gol untuk Arsenal.

Jurucakap Spurs mengesahkan penyokong tersebut akan dilarang masuk ke stadium untuk perlawanan-perlawanan membabitkan pasukan itu pada masa akan datang.

Pisang adalah simbolik kepada kebencian perkauman melibatkan pemain atau individu berkulit hitam.

. (Photo credit should read IAN KINGTON/AFP/Getty Images)
Terima padah

Menurut The Guardian, ia masih tidak cukup untuk menghalang badan induk bola sepak England, The FA daripada melakukan siasatan – sekaligus menjadikan Spurs berisiko berhadapan pendakwaan dan hukuman denda.

Arsenal turut tidak terlepas dari siasatan The FA sekiranya badan induk bola sepak England itu memilih untuk berbuat demikian.

Perlawanan panas derbi utara London itu juga turut merekodkan enam tangkapan lain di kalangan penyokong – termasuk dua penyokong Arsenal yang menyalakan bom asap ketika perlawanan berlangsung.

“Sikap sebegini jelas tidak boleh diterima, dan penyokong yang melakukan tindakan tersebut akan di gantung,” ujar kenyataan dari jurucakap Tottenham mengenai penyokong yang membaling kulit pisang tersebut.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)
Turut libatkan pemain

Selain daripada insiden melibatkan penyokong, pemain-pemain kedua-dua pasukan juga terlibat di dalam pergeseran di dalam padang selepas jaringan penyamaan Eric Dier pada babak pertama perlawanan.

Ia berikutan tindakan Dier meraikan gol yang tidak disenangi oleh pemain Arsenal, Stephan Lichtsteiner sebelum tolak menolak berlaku di antara dua pemain kelab tersebut.

(Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino turut dilihat cuba campur tangan untuk menenangkan keadaan dan Dier yang dilayangkan kad kuning kerana perbuatan tersebut kemudiannya berkata beliau tidak menyedari apa yang berlaku dari kem Arsenal.

“Saya membelakangkan mereka pada ketika itu. Jadi saya tidak pasti apa yang berlaku. Tetapi ini adalah bola sepak, dan ini merupakan perlawanan derbi.

“Kerana itu saya tidak faham mengapa saya menerima kad kuning. Ia mengecewakan saya kerana hakikatnya bola sepak itu tidak bererti jika anda mengambil aspek emosi daripadanya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN