Penyokong Tok Gajah Berang Dengan Aksi Longlai Issey Nakajima dan Austin Amutu

Walaupun Pahang berjaya membawa pulang 3 mata penuh apabila mencatat kemenangan ke atas PKNP FC, 2-1 di Stadium Perak dalam aksi Liga Super kelmarin, ianya masih belum cukup untuk memuaskan hati penyokong setia skuad tok gajah.

Rata-rata peminat pasukan itu tidak berpuas hati dengan prestasi 2 pemain import baharu yang dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua iaitu Issey Nakajima dan Austin Amutu.

Aksi Issey Nakajima ketika menentang PKNP FC. FOTO: Pahang FA

Corak permainan mereka dikritik hebat di laman sosial kerana gagal menampilkan aksi yang menyakinkan untuk membantu jentera serangan skuad kendalian Dollah Salleh itu.

Melalui tinjauan di laman sosial, beberapa penyokong Pahang menyifatkan kemasukan 2 pemain itu gagal memberi impak yang positif kepada pasukan seperti Mohamadou Sumareh dan Patrick Cruz.

Malah mereka juga mahu pihak pengurusan Pahang FA mengambil kira semua kritikan yang dilemparkan untuk memperbaiki corak permainan dan meningkatkan prestasi pemain.

Berdasarkan analisis taktikal, Pahang berhadapan masalah sistem serangan yang tak jelas. Meletakkan Issey Nakajima sebagai pemain sisi (side midfielder) dalam sistem tengah berempat (midfielder 4) bukan pilihan bijak.

Memang beliau pemain sayap tetapi beliau adalah pemain sayap serangan dalam sistem lebih kepada serangan bertiga. Harus diakui, Issey Nakajima sangat kurang impak. Sebagai pemain sayap dalam peranan tengah berempat, Issey harus menjadi pembekal kepada 2 penyerang.

Seterusnya, corak serangan Pahang terlalu mudah dijangka. Setiap bola mereka sentiasa menghantar ke arah target man iaitu Iwuji Amutu dan Patrick Cruz.

Pahang kini berada di tangga kedua Liga Super dengan 24 mata selepas 13 perlawanan. Selepas ini, mereka bakal menentang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan kemenangan ke atas skuad Harimau Selatan itu akan merapatkan jurang mata dengan pasukan itu.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram