Penyokong Tidak Gemar Kelantan United Guna Gelaran ‘The Real Warriors’, Saran Cari Identiti Sendiri

Pihak pengurusan Kelantan United pada penghujung tahun lepas ada mengumumkan bahawa pihaknya sedang mencari nama gelaran baharu yang akan digunakan pasukan tersebut yang bakal beraksi di saingan Liga Premier buat kali pertama pada tahun ini.

Dalam hantaran pasukan tersebut di akaun Facebook baru-baru ini, Kelantan United dilihat menggunakan nama ‘The Real Warriors’ dan berkemungkinan besar itulah gelaran terbaru yang akan dipakai secara rasmi.

Namun demikian, keputusan pihak pengurusan Kelantan United untuk menggunakan perkataan ‘Warriors’ ternyata tidak disenangi oleh sebahagian penyokong yang mahu pasukan berkenaan menggunakan identiti berbeza dengan Kelantan FA yang sudah cukup sinonim dengan gelaran The Red Warriors (TRW).

Kredit Foto: Kelantan United FC

Ada yang berpendapat Kelantan United perlu meneruskan imej sedia ada dan menganggap penggunaan kijang sebagai identiti pasukan perlu dikekalkan. Pasukan yang berpangkalan di Kota Bharu itu sebelum ini menggunakan gelaran ‘Sang Kijang Hijau’ serta memilih warna merah dan hijau sebagai warna jersi utama pasukan.

Sebahagian pemerhati bola sepak mengandaikan pemilihan warna hijau tersebut disebabkan ‘sentimen politik’ memandangkan sumber kewangan pasukan tersebut sedikit sebanyak dibantu oleh kerajaan negeri Kelantan.

“Manchester United guna gelaran ‘Red Devils’, Manchester City tak guna pun ‘Blue Devils’, tapi ‘The Citizens’. Sepatutnya Kelantan United tidak dibayangi dengan imej TRW. Cipta gelaran lain yang tiada kena mengena dengan Kelantan FA,” ujar seorang penyokong dalam salah satu komen.

Kredit Foto: Kelantan United FC

Terdapat beberapa cadangan diberikan sebagai alternatif seperti The Green Deer, The Kijang Army, The Green Fighters dan sebagainya. Dengan kedua-dua pasukan bertapak di negeri yang sama, penggunaan nama gelaran yang mirip dikhuatiri akan menimbulkan perbalahan yang tidak berkesudahan mengenai siapakah ‘Warriors’ yang sebenar.

Sekiranya gelaran tersebut masih belum ‘digazet’ secara rasmi, diharapkan pihak pengurusan Kelantan United dapat mengambil kira pandangan penyokong mengenai perkara tersebut.

Kredit Foto: Kelantan United FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN