Penyokong Sudah Boleh Kembali Bersorak Di Stadium Untuk Piala Malaysia

Peminat sukan bola sepak, khususnya penyokong pasukan-pasukan yang bertanding di Piala Malaysia kini boleh menggamatkan kembali stadium-stadium di seluruh negara apabila kerajaan membenarkan membenarkan kehadiran penonton atau penyokong ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi.

Perkhabaran menggembirakan itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan kelongaran itu diberikan kepada negeri-negeri yang berada di Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4 fasa pemulihan negara.

Berdasarkan semakan dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN), tidak ada negeri yang berada di Fasa 1, dengan kebanyakkannya sudah memasuki Fasa 2 sehingga Fasa 4.

Kelonggaran tersebut bagaimanapun terhad kepada mereka yang telah melengkapkan dua dos vaksinasi seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dan wajib memakai pelitup muka sepanjang perlawanan.

Tiada sebarang aktiviti makan dan minum dibenarkan sepanjang masa penonton berada di dalam stadium.

Walaupun sudah diberikan kebenaran, Standard Operation Procedure (SOP)  lanjut berkaitan perkara tersebut akan diumumkan oleh Malaysian Football League (MFL) sebagai badan bertanggungjawab dan penganjur Liga Malaysia.

Pada musim ini hampir keseluruhan pertandingan Liga Malaysia diadakan tanpa kehadiran penonton, walaupun peraturan tersebut pernah dilonggarkan seketika pada April lalu.

Perlawanan Piala Malaysia pula kini sudah berlangsung satu pusingan tanpa kehadiran penonton, dan beberapa venue dijangka akan menerima kehadiran penyokong pada pusingan ketiga. Pusingan kedua pertandingan pula akan berlangsung pada malam ini.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply