Biarpun Sendirian, Penyokong Ini Tetap Bersama Pasukannya Walaupun Dibelasah 6-0

Di Jepun, seorang penyokong telah menzahirkan cintanya terhadap pasukannya walaupun pasukannya kini sedang menghadapi masa sukar.

Pasukan yang disokongnya itu ialah SRC Hiroshima, sebuah kelab yang bermain dalam saingan divisyen ke-5 di Jepun.

SRC Hiroshima berjaya melepasi pusingan pertama Piala Maharaja Jepun dan mereka menghadapi perlawanan yang cukup sukar di pusingan kedua.

Hal ini kerana, mereka diundi untuk bertemu dengan pasukan di J2 League iaitu Nagoya Grampus.

Menentang pasukan yang lebih hebat? Di tempat lawan? Pasti kekalahan menanti!

Oleh kerana undian tersebut, barangkali penyokong-penyokong SRC Hiroshima memilih untuk tidak ke Nagoya bagi menonton perlawanan itu.

Ditambah pula dengan jarak perjalanan yang cukup jauh untuk ditempuh iaitu sejauh 300 batu!

Seperti tajuk lagu kumpulan Umbrella, Ramalanku Benar Belaka. SRC Hiroshima nyata menjadi pasukan belasahan apabila mereka dibelasah oleh Nagoya Grampus 6-0.

Walaupun tewas, SRC Hiroshima tetap boleh berbangga pada malam tersebut. Hal ini kerana, ada seorang pemuda yang setia bersama mereka untuk menyokong.

Seorang penyokong mereka dengan sendirian menempuh perjalanan panjang semata-mata untuk menonton aksi pasukannya walaupun kemudiannya kecewa pasukannya tewas teruk.

Mungkin hati sedikit terubat dengan kesetiaan yang diberikan, pemain SRC Hiroshima pergi kepada beliau selepas tamat perlawanan untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau.

 

Penyokong SRC Hiroshima yang setia bersama pasukan ketika perlawanan menentang Nagoya Grampus.

Kesetiaan beliau mengingatkan kami kepada satu-satunya penyokong UiTM FC tempoh hari yang bersorak sendirian bagi pasukan Liga Perdana tersebut.

Kami tak tahu nama anda, tapi kami tabik akan kesetiaan anda!

Sumber:

  1. Who Ate All The Pies (2017): Japan: SRC Hiroshima Players Applaud One And Only Fan Who Travelled 300 Miles To Watch 6-0 Drubbing; http://www.whoateallthepies.tv/international_football/257856/japan-src-hiroshima-players-applaud-one-and-only-fan-who-travelled-300-miles-to-watch-6-0-drubbing-photos.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN