Penyokong Selangor Dan Kedah Dijemput Menunaikan Solat Terawih Sebelum Perlawanan Bermula

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) akan menganjurkan Program Berbuka Puasa dan Jom Terawih bersama para penyokong di Stadium Shah Alam sempena perlawanan Liga Super di antara Selangor menentang Kedah pada 15 Mei ini.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah selaku Presiden FAS turut akan mencemar duli untuk turun berbuka puasa dan solat terawih secara berjemaah bersama-sama penyokong.

Malah, penyokong Kedah juga dijemput untuk bersama-sama pengurusan dan penyokong Selangor bertarawih secara berjemaah sebelum perlawanan bermula.

Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara pengurusan, pemain dan penyokong kedua-dua pasukan.

Selain itu, hidangan berbuka puasa turut disediakan untuk para pemegang pas bermusim Selangor. Majlis ini ditaja bersama oleh MBSA, JOMA, Boat Noodle, Vape Empire, Segi Fresh, SAY, ATF serta Avisena.

Tazkirah ramadhan bakal disampaikan oleh PU Hafiz selepas selesai majlis berbuka puasa. Untuk pengetahuan semua penyokong, pintu stadium mula dibuka pada jam 5 petang di perkarangan Kuadran A (Gate I), Stadium Shah Alam.

Program bermula jam 6.30 pm (untuk program buka puasa pas bermusim) dan jam 8.00 pm (untuk Terawih Berjemaah bersama DYTM RMS) sehingga tamat perlawanan diantara Selangor menentang pasukan Kedah.

Bagi perlawanan kali ini kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak perlu membeli tiket kerana dibenarkan untuk masuk percuma.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply