Penyokong Perancis Kecewa Martial Disisihkan, Payet Dipanggil

Penyokong Perancis agak terkejut kerana Didier Deschamps tidak memanggil pemain yang sedang dalam prestasi terbaik, Anthony Martial ke dalam pasukan kebangsaan Perancis.

Sebaliknya Deschamps memanggil pemain yang bergelut mendapatkan semula aksi terbaik beliau, Dmitri Payet. Payet dipanggil untuk menggantikan Ousmane Dembele yang tercedera beberapa minggu lalu.

Anthony Martial setakat ini sudah menjaringkan 5 gol dan 5 bantuan gol untuk Manchester United.

Martial juga cemerlang ketika membantu United menewaskan CSKA Moscow dalam perlawanan UCL baru baru ini dengan menjaringkan 1 gol dan 2 bantuan gol.

Namun ia masih belum cukup untuk meyakinkan Deschamps dalam persediaan Perancis menentang Bulgaria dan Belarus untuk kelayakan Piala Dunia.

Selain daripada Martial, seorang lagi pemain yang berada dalam prestasi terbaik, Nabil Fekir juga gagal mendapat tempat untuk menggantikan Paul Pogba yang cedera. Moussa Sisoko dipanggil semula ke dalam pasukan untuk menggantikan Pogba.

Bakayoko juga gagal mendapatkan tempat di dalam skuad kebangsaan kali ini meskipun cemerlang bersama Chelsea.

Sebaliknya pemain seperti Coman dipanggil sekali lagi meskipun gagal menunjukkan aksi konsisten di Bayern. Karim Benzema terus disisihkan oleh Deschamps sekali lagi.

Lucas Digne dipanggil untuk menggantikan Benjamin Mendy yang juga cedera. Perancis akan berhadapan Bulgaria pada 7 Oktober hadapan dan menentang Belarus pada 10 Oktober 2017.

Berikut adalah senarai penuh skuad Perancis:

Alphone Areola (PSG), Hugo Lloris (Tottenham), Steve Mandanda (Marseille); Lucas Digne (Barcelona), Christophe Jallet (Nice), Presnel Kimpembe (PSG), Laurent Koscielny (Arsenal), Layvin Kurzawa (PSG), Djibril Sidibe (Monaco), Samuel Umtiti (Barcelona), Raphael Varane (Real Madrid); N’Golo Kante (Chelsea), Blaise Matuidi (Juventus), Adrien Rabiot (PSG), Moussa Sissoko (Tottenham), Corentin Tolisso (Bayern Munich); Kingsley Coman (Bayern Munich), Olivier Giroud (Arsenal), Antoine Griezmann (Atletico Madrid), Alexandre Lacazette (Arsenal), Thomas Lemar (Monaco), Kylian Mbappe (PSG), Dimitri Payet (Marseille), Florian Thauvin (Marseille).

Pandangan kami

Ia agak sukar untuk diterima kerana Anthony Martial berada dalam prestasi terbaik. Untuk Bakayoko mungkin alasan Deschamps kerana pemain itu baru mencapai tahap kecergasan optimum.

Ia boleh meruntuhkan motivasi pemain yang cemerlang tetapi tidak di’hadiah’kan panggilan kebangsaan.

Ini bukannya perlawanan persahabatan. Ia adalah perlawanan kelayakan Piala Dunia. Tinjauan kami mendapati ramai peminat mempertikaikan ketiadaan Martial, Bakayoko dan Nabil Fekir yang berada dalam aksi terbaik.

Untuk Manchester United, ia pastinya berita yang menggembirakan Jose Mourinho kerana Martial boleh rehat lebih lama dan tidak berhadapan risiko kecederaan. Walaupun Mourinho mungkin simpati dengan Martial pada satu sudut lagi.

Namun begitu, kami tetap kagum dengan ‘squad depthness’ Perancis. Bila agaknya Malaysia nak ada depth yang seperti ini?

Apa pandangan penyokong Les Bleus?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN