Penyokong Nadi Utama Liga Malaysia

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim menyifatkan perjalanan Liga Malaysia akan lebih bermakna jika diriingi keghairahan daripada penyokong yang kini menjadi antara elemen penting dalam empat misi utama Malaysian Football League, MFL Next50 Strategic Blueprint 2021-2070.

Jelasnya, penyokong perlu menganggap diri mereka sebagai satu nadi utama dalam menggerakkan perjalanan Liga Malaysia dengan lebih berjaya dan meriah apabila mereka juga tidak ketinggalan dalam perancangan tempoh 50 tahun MFL.

Walaupun setiap pasukan mempunyai kelompok penyokong yang berbeza, tetapi Farhan merasakan tidak mustahil untuk penyokong kepada pasukan kecil seperti PKNS FC, PJ City atau Felda United juga mampu menambah bilangan penyokong daripada masa ke semasa.

Farhan: Penyokong perlu jadi nadi utama penggerak Liga Malaysia (Foto: MFL)

Tambahnya, penyokong pada masa kini pastinya lebih bijak dan matang untuk melihat penglibatan mereka dalam menyokong pasukan bagi membantu perkembangan pasukan.

“Yang penting sekarang adalah sudut daripada penyokong itu sendiri kerana penyokong kena faham terutamanya daripada segi pengurusan liga.

“Mereka perlu melibatkan diri supaya sambutan terhadap liga akan lebih bermakna dengan penyokong atau peminat di tanah air ini.

“Ada juga kelab-kelab yang mungkin tidak ramai penyokong tetapi mungkin selepas ini bila kita rangka program ini,saya jangka kelab seperti Felda,PKNS dan PJ City akan ada kelompok penyokong sendiri nanti,” kata Farhan.

Pengurus pasukan PKNS FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid pula melihat Next50 Strategic Blueprint ini amat tepat dan selaras dengan perancangan DNA bola sepak Malaysia yang telah dilancarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) baru-baru ini. 

pkns fc
Foto: Astro Arena

Jelasnya, ini adalah masa untuk semua kelab dan pasukan menjadikan perancangan 50 tahun MFL ini sebagai satu landasan untuk membentuk kaedah dan strategi terbaik dalam menjadikan sesebuah pasukan lebih berjaya seiring dengan matlamat DNA bola sepak Malaysia.

“Sejajar dengan apa FAM war-warkan untuk DNA bola sepak Malaysia, pelancaran blueprint ini amat tepat. Saya rasa semua kelab yang terlibat melalui penglibatan akademi-akademi patut boleh lihat apa yang MFL telah gariskan ini.

“Sebenarnya banyak faedah boleh kita dapati dan sebagai satu penanda aras yang boleh kita lakukan untuk sebarang aktiviti atau merancang program seterusnya untuk kelab atau pasukan itu sendiri,” kata Mahfizul.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN