Penyokong Man Utd Di Singapura Dikritik Kerana ‘Boo’ Ashley Young

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email

55,000 penyokong membanjiri Stadium Nasional Singapura untuk menyaksikan perlawanan diantara Manchester United dan juga Inter Milan.

Majoriti daripada penyokong yang hadir adalah penyokong The Red Devils, membuatkan stadium serba canggih yang menjadi mercu tanda kebanggaan Kota Singa itu seolah-olah seperti Old Trafford – dengan lautan merah memenuhi setiap pelusuk stadium.

Seperti dijangka, setiap sentuhan oleh pemain United diraikan, dengan kelibat pemain-pemain muda dan baharu seperti Mason Greenwood, Aaron Wan-Bissaka, dan Daniel James sentiasa dinanti-nantikan.

Foto: AremilsWorks

Namun perkara sebaliknya berlaku ketika Ashley Young dimasukkan oleh Ole Gunnar Solskjaer. Pemain pertahanan itu ‘di boo’ dan dicemuh setiap kali menyentuh bola – tidak lain dan tidak bukan dari penyokong sendiri di Singapura.

Perkara itu mendapat perhatian beberapa wartawan antarabangsa dan juga Ole Gunnar Solskjaer sendiri.

Melalui pautan Twitter, Samuel Luckhurst dari Manchester Evening News berkata: ” Dia [Ashley Young] sentiasa memberikan segala-galanya dan hasil hantarannya adalah punca kepada gol kemenangan. Kita mahukan penyokong memberikan sokongan kepada pemain dan Ash [Young] adalah pemain yang sangat setia untuk kelab ini. #mufc

Luckhurst juga seolah-olah tidak percaya dengan karenah penyokong di Singapura terhadap Young.

Perkara sama turut diluahkan oleh wartawan ESPN, Rob Dawson. Beliau berkata: “Ashley Young telah ‘diboo’ oleh penyokong di Stadium Nasional di Singapura. Setiap sentuhan [oleh Young] telah diboo. Ini amat ganjil”

Sebenarnya dalam perlawanan ini Ashley Young bukan satu-satunya pemain yang dicemuh oleh penyokong United di Singapura. Berdasarkan pemerhatian wartawan Semuanya BOLA, Meor Abdullah Syamim yang bertugas membuat liputan sepanjang ICC ini,  Paul Pogba dan Marcus Rashford turut menjadi mangsa keadaan yang sama sebelum perlawanan.

Info terbaru di ICC 2019, Paul Pogba dan Marcus Rashford diboo rata-rata penyokong yang hadir.

Posted by Meor Abdullah Syamim on Saturday, July 20, 2019

Timbul persoalan, adakah penyokong ini adalah penyokong sejati, ataupun ‘fake’ yang tidak sanggup berada di belakang pemain ketika keadaan sukar? Atau adakah mereka benar-benar memahami sukan bola sepak?

Untuk ini, hanya penyokong Manchester United di Singapura yang boleh menjawab persoalan tersebut.