Penyokong Liverpool Cedera Diserang Di Naples

Seorang penyokong Liverpool cedera selepas diserang oleh sekumpulan lelaki di bandar Naples, sebelum perlawanan di antara Liverpool dan Napoli di pertandingan UEFA Champions League.

Penyokong berusia 26 tahun itu dikatakan sedang menikmati minuman di luar sebuah cafe ci Cesare Rosaroll apabia didatangi sekumpulan lelaki tempatan dan dibelasah.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 03: The Napoli Ultras display a Mohamed Salah of Liverpool banner upside down during the Group C match of the UEFA Champions League between SSC Napoli and Liverpool at Stadio San Paolo on October 3, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Lelaki tersebut kemudiannya dikejarkan ke hospital selepas beberapa kecederaan di bahagian muka dan kaki. Mangsa kemudiannya dibenarkan keluar dan dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh dua minggu.

Pihak berkuasa tempatan melalui satu kenyataan berkata mereka akan menyiasat perkara berkenaan melalui rakaman CCTV untuk mengenalpasti mereka yang terlibat dengan kejadian tersebut.

Ini bukan kali pertama perkara berkaitan keganasan bola sepak membabitkan Napoli dan juga Liverpool.

Pada Oktober 2010, sekumpulan penyokong Liverpool turut dikejar dan dikepung oleh kumpulan penyokong Napoli, namun mujur berjaya menyelamatkan diri selepas melarikan diri ke pub berdekatan.

NAPLES, ITALY – OCTOBER 03: Three SSC Napoli supporters show their scarf outside the Stadio San Paolo before the Group C match of the UEFA Champions League between SSC Napoli and Liverpool at Stadio San Paolo on October 3, 2018 in Naples, Italy. (Photo by Francesco Pecoraro/Getty Images)

Tiga lelaki kemudiannya ditangkap oleh pihak berkuasa, dikenali sebagai Lucio Gerrado, Fiorentino Mirko dan Marco Mazzano, bersama-sama dengan pelbagai jenis senjata tajam selepas siasatan dilakukan.

Pada November 2016 pula, sekumpulan penyokong Napoli bertempur dengan penyokong Besiktas menjelang perlawanan UEFA Champions League membabitkan kedua-dua pasukan.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Liverpool tewas kepada Napoli dengan jaringan 1-0 hasil jaringan minit akhir Lorenzo Insegne.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN