Penyokong Kedah Jangan Seronok Dulu, Pemain & Jurulatih ‘Belum Tentu’ Kekal

Renan Alves Kedah Piala Malaysia 2020 Pemain Jurulatih

Tiada lanjutan kontrak untuk jurulatih dan pemain Kedah kerana kontrak baharu akan ditawarkan sekiranya khidmat mereka diperlukan untuk musim depan.

Itu merupakan jawapan Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Firdaus Ahmad mengenai status kontrak jurulatih dan pemain-pemain Kedah yang akan berakhir pada penghujung November ini. Dan menurutnya, pengendali, Aidil Sharin Sahak juga belum menandatangani kontrak baharu yang telah ditawarkan.

Sebelum ini, KFA mengesahkan sudah menawarkan kontrak dua tahun kepada pengendali asal Singapura itu dan beliau juga telah mengesahkan bersetuju untuk menerimanya. Beliau hanya menanti masa untuk memuktamadkannya.

Mengapa tiada lanjutan? Ini kerana KFA sedang menstruktur semula perbelanjaan pasukan untuk musim hadapan. Jadi, tawaran kontrak baharu adalah tertakluk dengan pengurangan gaji sedia ada sedang dipertimbangkan oleh pihak pengurusan KFA.

“Baru-baru ini, kita telah melangsaikan hutang berjumlah RM3.8 juta. Dan, kini kita sedang berbincang mengenai perancangan untuk musim hadapan,” ujar Mohd Firdaus yang dipetik menjawab kepada persoalan New Straits Times.

“Perancangan kita adalah untuk menstruktur semula pasukan dan mengurangkan beberapa kos pengurusan pasukan [antaranya pengurangan gaji pemain], kerana kita tidak mahu berbelanja melebihi kemampuan kita,” tambahnya lagi.

Selain itu, menurut Mohd Firdaus lagi, kemungkinan besar sebahagian pemain tidak akan ditawarkan kontrak baharu untuk musim hadapan. Jelasnya, “Ini kerana kita perlu semak semula kontrak sedia ada semua pemain pada ketika ini. Bagaimanapun, kita akan kekalkan 70 ke 80 peratus pemain yang bermain pada musim ini.”

“Kita tidak mampu menawarkan gaji yang besar kerana kita tiada sumber pendapatan daripada perniagaan. Kedah bukanlah pasukan yang kaya,” tambahnya lagi sambil berkata yang mereka juga tiada kuasa untuk menghalang mana-mana pemain atau jurulatih yang mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan nanti.

“Selain bermain bola sepak, kita juga mahu lihat apa yang pemain-pemain boleh tawarkan kepada program tanggugjawab sosial korporat kami seperti penjualan dan promosi. Kita mahu lihat sumbangan di luar padang. Kita mahu berbelanja dengan bijak, tetapi seboleh-bolehnya kita mahu dia [Aidil Sharin] kekal,” ujarnya lagi.

Oleh itu, diharapkan penyokong bertenang dahulu kerana belum tentu jurulatih dan para pemain akan kekal untuk saingan musim hadapan. Difahamkan perbincangan antara pengurusan tertinggi KFA, jurulatih dan pemain akan berlangsung selepas ini – kemungkinan selepas saingan TM Piala Malaysia 2020 berakhir.

KREDIT FEATURED IMAGE: KEDAH FA

Baca lagi artikel mengenai Jurulatih dan Pemain Kedah FA:

Aidil Sharin Mahu Tengok Dahulu Hala Tuju & Perancangan Kedah FA

‘Buangan’ Kedah, Fernando Rodriguez Kini Ditagih Untuk Pacu Cabaran JDT Di ACL

KFA Umum Nama Rasmi Kedah Darul Aman, Lancar Pertandingan Cipta Logo Baharu

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN