Penyokong Inter Tepuk Tangan Puji Keputusan de Boer Keluarkan Kondogbia Selepas Hanya 28 Minit

Penyokong Arsenal yang mengkritik Arsene Wenger kerana tidak menandatangani Geoffrey Kondogbia mungkin perlu meminta maaf kepada beliau selepas kejadian semalam.

Dibeli oleh Inter Milan dengan harga £26.35 juta dari Monaco, pemain tengah Perancis ini memberi persembahan yang sangat buruk.

Sejauh mana tahap buruk permainannya semalam?

Pada minit ke-13 perlawanan Serie A antara Inter Milan dengan Bologna semalam, Kondogbia menyerahkan penguasaan bola di tengah sewenang-wenangnya sehingga membolehkan Bologna memulakan serangan balas.

Lebih teruk buat Kondogbia, serangan balas tersebut menghasilkan gol buat Bologna!

Kesilapan Kondogbia ini membuatkan penyokong Inter Milan mula mengejek ‘boo’ kepada pemain tengah Perancis ini setiap kali beliau memegang bola.

Pengurus Inter Milan, Frank de Boer pula begitu marah dengan persembahan Kondogbia sehinggakan beliau dikeluarkan pada minit 28′. Ketika separuh masa pertama masih belum tamat.

Lebih memalukan (tetapi sedih) buat Kondogbia adalah, penyokong Inter Milan bersorak gembira dan bertepuk tangan; tanda memuji keputusan tegas de Boer.

“IQ bolasepaknya tiada!”

Ketika kami menjengah forum Reddit untuk melihat reaksi penyokong Inter Milan mengenai berita ini, rata-rata mereka mengaku Kondogbia bukanlah pemain bagus seperti yang dicadangkan oleh harga yuran perpindahannya.

Seorang penyokong Inter Milan menulis:

“Kondogbia kekurangan IQ bola sepak. Beliau sentiasa mengambil 1-2 saat untuk membuat hantaran selepas berjaya merampas bola. Ini merosakkan momentum serangan balas pasukan.”

“Tambah membuatkan kami berang, beliau selalu ambil 3-4 saat untuk membuat hantaran. Tapi hantarannya ke laut juga.”

fc-internazionale-v-us-citta-d

Seorang lagi penyokong Inter Milan menyalahkan kelemahan kaki kiri Kondogbia:

“Beliau ada skil dan badannya kuat. Tapi beliau hanya boleh pakai kaki kanan sahaja. Hantarannya pula selalu tak tepat.”

Beliau juga menjangkakan Kondogbia bakal dijual oleh Inter jika prestasi buruk beliau ini berterusan.

“Bagi saya, Kondogbia sedang berada dalam posisi sukar di Inter. Beliau jelas tak boleh mengambil tempat (Ever) Banega dan Joao Mario di tengah.”

“Tapi di posisi defensive midfield pun, beliau tak nampak boleh bersaing dengan (Gary) Medel. Apatah lagi nak bersaing dengan (Felipe) Melo.”

Gambar oleh: Marco Luzzani / Getty Images
Gambar oleh: Marco Luzzani / Getty Images

Petanda Kondogbia merosot

Petanda pertama kemerosotan Kondogbia dapat dilihat apabila Frank de Boer mengambil keputusan untuk tidak memasukkan namanya dalam senarai pemain Inter Milan untuk kempen Europa League 2016/2017.

Sesetengah penyokong Kondogbia mungkin akan memberitahu insiden ini tiada kena-mengena dengan prestasi Kondogbia.

Ini kerana yuran £26.35 juta yang dibayar oleh Inter menyebabkan mereka tak lulus peraturan Financial Fair Play (FFP) yang ditetapkan oleh UEFA. Jadi Inter Milan tiada pilihan lain selain mengeluarkan nama Kondogbia dari senarai.

Tetapi petanda paling jelas datang selepas tamat perlawanan Inter Milan vs Bologna semalam.

Dalam sidang medianya, de Boer jelas mengkritik persembahan Kondogbia:

“Pagi tadi saya dah cakap dengan beliau. Beliau hanya perlu meringkaskan cara permainannya. Beliau tak boleh buat kesilapan seperti yang dibuatnya tadi (gol Bologna).”

183213102-15b50f6f-faca-4b55-9a76-817754e9e04d

“Dah berbuih mulut saya nasihat beliau. Tapi kesilapan sama jugalah yang beliau lakukan. Saya tak boleh terima pemain yang tak dengar nasihat.”

“Kalau beliau tak nak dengar, apa lagi yang saya boleh buat?”

Berdasarkan komen de Boer ini, kami tak nampak masa depan Kondogbia di Inter Milan selagi de Boer masih bergelar pengurus.

Baca juga: Analisis Taktikal Serie A 2016/2017: 5 Cara Frank De Boer Menewaskan Juventus

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN