Penyokong Futsal Indonesia Hargai Khairul Effendy

Khairul Effendy

Perseteruan melibatkan Malaysia dan Indonesia terutamanya dalam sukan pasti akan sentiasa menghadirkan ‘percakaran’ di media sosial melibatkan peminat kedua-dua negara.

Pemain bola sepak negara pernah menjadi mangsa provokasi penyokong Indonesia di media sosial sepertimana yang dihadapi Nur Azam Azih walaupun sasaran sebenar mereka adalah pemain skuad bawah 18 tahun, Muhammad Azam Azmi Murad.

Kerana Tersalah Identiti, IG Azam Azih Diserang Provokasi Penyokong Indonesia

Namun, situasi berbeza buat kapten skuad futsal negara, Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin apabila sebahagian penyokong futsal di Indonesia mengharapkan agar beliau segera sembuh dari kecederaan.

Berikutan kecederaan dialami, pemain berpengalaman skuad negara itu terpaksa diketepikan daripada skuad ke Vietnam bagi menghadapi Kejuaraan Futsal AFF 2019.

Tinjauan dibuat di Instagram rasmi Bolalobfutsal yang merupakan antara laman futsal popular di Indonesia, telah memuatnaik informasi terkini skuad futsal negara bakal ke Vietnam tanpa diiringi Khairul Effendy.

Respon daripada para peminat futsal Indonesia nyata berbeza daripada apa yang sering berlaku melibatkan persengketaan antara Indonesia dan Malaysia.

Kebanyakkan daripada mereka mengucapkan selamat dan semoga cepat sembuh buat pemain yang lebih mesra dengan sapaan Ayon itu. Terdapat juga yang memuji kehebatan pemain yang mewakili Pahang Rangers pada musim ini.

Antara sebahagian reaksi penyokong Indonesia.

Ayon bukanlah asing dalam kalangan peminat futsal di sana kerana beliau pernah menyarung jersi SKN Kebumen [2018] yang beraksi dalam saingan Liga Futsal Profesional Indonesia.

Jaringan kemenangan dihasilkan Ayon ketika perlawanan hanya berbaki 10 minit juga telah membawa SKN Kebumen ke aksi final Liga Futsal Profesional 2018.

Kredit foto: Bolalobfutsal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram