Penyokong England Dikecam Kerana Kelakuan Provokasi Ketika Perlawanan Jerman vs. England

Penyokong England dikecam media antarabangsa sekali lagi. Kali ini bukan kerana hooligan sebaliknya kerana perangai tidak bertamadun.

Ketika pemain-pemain England mengucapkan tahniah kepada Lukas Podolski terutama sekali Joe Hart, penyokong England menyanyikan lagu provokasi kepada penyokong Jerman.

Perlawanan Jerman menentang England di Dortmund juga untuk menghargai Lukas Podolski yang tampil untuk kali terakhir bersama Jerman.

Ianya bermula ketika sesi lagu kebangsaan. Penyokong Jerman menghormati lagu kebangsaan England dan bertepuk tangan ketika lagu tamat.

Namun sebaliknya yang berlaku ketika lagu kebangsaan Jerman. Penyokong England mengeluarkan bunyi yang mengejek dan bunyi boo.

Ada penyokong mereka yang berterusan menyanyikan lagu tentang Perang Dunia ke-2 dan IRA. Antara lagu yang mereka sorakan adalah Ten German Bombers.

Tidak kurang juga yang membuat isyarat kapal terbang yang ditembak jatuh. Ia adalah sindiran kepada peristiwa ketika perang dunia ke-2 di mana 10 pesawat Jerman ditembak jatuh oleh RAF.

Ini antara aksi penyokong England yang mengajuk aksi kapal terbang ketika penyokong Jerman menyanyikan lagu kebangsaan Jerman.

Apa yang mengecewakan ramai petugas media antarabangsa adalah, perkara tersebut tidak seharusnya di bawa ke dalam bola sepak.

Penyokong England masih menyanyi tentang perang dunia ke-2 yang sudah lama berakhir.

Penulis sukan, Mark Odgen dalam status twitter beliau mengecam tindakan bodoh penyokong England tersebut.

Beliau berkata:

‘Penyokong England tidak menyanyikan walaupun 1 lagu untuk pemain mereka di atas padang. Sebaliknya mereka lebih banyak menyanyikan lagu perang dan bir.’

Pemain antarabangsa England, Eric Dier memberikan teguran agar penyokong mereka lebih menjaga nama baik negara England selepas ini.

Pengerusi FA England, Greg Clarke juga mengutuk tindakan itu. Beliau sangat kecewa dengan kelakuan para penyokong England.

Sayang betul, malam yang indah dicemari dengan insiden yang teruk seperti ini.

Baca juga: Nikmati Pengalaman Hari Perlawanan Di Old Trafford Dengan Time Lapse Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN