Fed Up Kalah, Penyokong Berusia 55 Tahun Hantar Surat Permohonan Jadi Pemain

Selepas Dundee United tewas 1-2 kepada Dundee dalam perlawanan liga teratas Scotland, Johnny Nicoll – seorang penyokong Dundee United tegar – melakukan rutin sama apabila pasukannya kalah. Melampiaskan kemarahannya di Facebook.

surat-dundee-1

Beliau menulis:

Dundee 2 Dundee United 1

(Kelemahan) ini tak boleh disorok lagi. Persembahan separuh masa kedua sahaja sudah membuktikan kita (Dundee United) layak duduk di tangga terbawah liga.

Kita adalah pasukan terteruk dalam liga. Lambat menyerang. Kesilapan budak sekolah. Tiada disiplin. Tiada kepimpinan. Kita layak turun liga.

Dari segi positif, kita masih ada 17 perlawanan dan perlu menang 10 untuk mempunyai peluang (kekal dalam liga).

Kita tak boleh lagi bermain dengan 1 penyerang. 4-3-3 adalah satu-satunya cara kita untuk kekal dalam liga.

Serang, serang, serang!

Lepas ini, lawan Celtic pula :/

Melihat status Facebook beliau hanya mempunyai 6 likes, Nicoll menyedari beliau perlu berbuat sesuatu untuk mengubah nasib pasukannya. Sesuatu yang drastik. Sesuatu yang mendapat perhatian kelab kesayangannya.

Jadi, lelaki berusia 55 tahun yang sudah menyokong Dundee United sejak zaman 60-an ini mengarang surat permohonan kerja ke kelabnya. Untuk menjadi pemain kesebelasan utama.

surat-dundee

Gemuk kerana suka makan kari

Dalam surat tersebut, walaupun Nicoll mengaku berat badan beliau agak berlebihan kerana menggemari kari, beliau akan memberikan usaha 100% dan ‘mengorbankan badannya’ demi pasukan jika diberi peluang.

Dalam suratnya, Nicoll menulis:

“Jika saya hilang bola, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merampasnya kembali. Saya juga akan ‘keluarkan bola jauh-jauh’ untuk memberi peluang kepada rakan sepasukan saya turun.”

“Pengadil tak berguna”

Nicoll juga tidak kisah bermain di mana-mana posisi, tanpa gaji dan mahu bermain secepat mungkin.

Dalam surat tersebut, Nicoll turut mengutuk pengadil liga teratas Scotland dengan melabel mereka ‘tak berguna’, walaupun beliau sendiri merupakan pengadil berlesen daripada Scottish FA.

Bagaimana dengan anda? Apa yang anda akan lakukan jika pasukan kegemaran anda sedang menghuni tangga terbawah liga?

Baca juga: Penyokong Arsenal Lancar Kempen Kutipan Derma Untuk Bayar Gaji Messi

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN