Lelaki Ini Beri 4 Sebab Kenapa Kita Perlu Jadi Penyokong Bola Sepak Berilmu

Antara ciri-ciri pasukan yang berjaya adalah pasukan yang ada ilmu – pengurusan ada ilmu, pemain ada ilmu dan penyokong juga ada ilmu.

Pengurus kalau tak ada ilmu nak kawal staf dan pemain, macam mana nak berjaya? Sama juga dengan pemain, sebab kurang ilmu Malaysia boleh bolos gol mudah masa lawan Kemboja di Piala AFF 2016.

Jadi siapa kita? Kita adalah penyokong. Kita juga perlu ilmu supaya kita faham dan tak buat hal bodoh serta mentafsir setiap perkara sesuka hati kita.

Jadi saya rasa sebagai penyokong, ini adalah ilmu dan perkara kita perlu ambil tahu sebagai penyokong.

Ilmu mengenai bola sepak

Sebelum kita minat bola sepak, kita kena faham apa itu bola sepak.

Kita kena belajar mengenai undang-undang permainan bola sepak supaya kita faham kenapa mereka buat itu, buat ini.

Jika kita faham undang-undang secara tak lansung juga kita akan faham kenapa pengadil memberikan keputusan demikian.

Selain itu, belajarlah sedikit mengenai hal taktikal bola sepak supaya kita tidak memaki hamun tanpa sebab.

Saya perhati ramai sibuk nak jadi ‘jurulatih jadian’ tentukan itu ini tapi apa yang dikatakan sangat memudaratkam untuk pasukan. Sekurang-kurangnya fahamkan hal mudah seperti zonal marking, role number, zon pembahagian padang, posisi (anchorman, poacher, regista).

Sumber: Zonal Marking

Ini tidak, apa yang saya tengok pemain dah main dengan bagus tapi masih dimaki penyokong kerana tidak mengikut kehendak penyokong.

Ilmu mengenai pasukan

Kita juga kena ambil tahu mengenai pasukan kesayangan kita.

Ambil tahu pasal sejarah, para pemain, dan barisan kejurulatihan mereka. Dalam masa yang sama, ambil tahu juga statistik pasukan kita.

AC Milan menang UEFA Champions League pada 2003.

Apa gunanya? Ia berguna supaya kita tak lihat seperti seorang yang kurang cerdik di laman sosial!

Ramai yang selalu beri komen atau fakta mengarut, gelar diri sebagai penyokong sejati tapi takkan tak tahu hal asas sebegini?

Ini tak, pasukan kesayangan lawan apa dan bila pun tak tahu. Bila tiket dijual pun tak tahu.

Walhal hal sebegini begitu banyak dikongsikan di media. Layakkah kita bergerlar penyokong jika hal asas sebegini mengenai pasukan kita tak tahu?

Ilmu mengenai kelompok penyokong

Tahukah anda, di Malaysia ini ada kelompok penyokong sangat banyak?

Kelompok penyokong di Malaysia terbahagi kepada beberapa kumpulan, antaranya:

  • Penyokong setia
  • Penyokong di media sosial (jenis sembang lebat di Facebook tapi jarang ke stadium)
  • Kelab penyokong
  • Ultras
  • kasual atau firm
  • Glory hunter dan ramai lagi.

Kita kena hormat cara orang lain menyokong yang tak semestinya sama macam kita.

Tetapi kita harus ingin, kita semua punya tujuan yang sama iaitu menyokong pasukan kesayangan kita.

Sebagai contoh ambik tahulah kenapa ada ultras, untuk apa mereka wujud? kenapa mereka pakai pakaian tertentu?

Sebagai contoh, semalam saya ada terbaca komen yang nak wujudkan ultras siap buat pengumuman suruh datang daftar secara rasmi.

Ultras sepatutnya perlu bergerak secara underground, bukannya di arus perdana. Dan kalau kita kenal semua kelompok penyokong, kita tahu majoriti pergaduhan berlaku melibatkan penyokong Perak misalnya bukan kerana kekalahan.

Ada banyak cerita lain yang kita akan faham kalau kita faham penyokong lain.

Ilmu mengenai pasukan lain

Kenali pasukan lawan. Belajar dan ambil tahu mengenai mereka.

Misalnya pasukan kita kalah dan kita tahu pasukan yang dilawan mempunyai kekuatan yang menjadi kelemahan kita, secara tak lansung kita mampu menerima kekalahan.

Hal ini adalah untuk mengelakkan kita menjadi bodoh di laman sosial memaki hal yang kita sendiri tak faham.

Kesimpulan

Syumulnya, menjadi penyokong berilmu akan membuatkan pasukan kita nampak lebih hebat dan digeruni.

Bentuklah komuniti penyokong berilmu dalam komuniti pasukan yang kita sokong agar penyokong lain mampu belajar daripada kita.

Kita minta pengurusan dan pemain menyumbang untuk pasukan tetapi adakah kita telah menyumbang sesuatu untuk pasukan kita sebagai penyokong?

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Meor Zulfadli yang merupakan seorang peminat sukan bola sepak. Jika anda ingin tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Sistem Feeder Club & Senior Affiliate, Bagaimana Sistem Ini Berfungsi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN