Penyokong Argentina Berusia 100 Tahun ini Catat Setiap Gol Messi Menggunakan Kertas & Pensil

Don Hernan Lionel Messi Argentina

Apa berita yang paling menarik buat peminat Lionel Messi sepanjang minggu ini? Ia mungkin berakhirnya penantian selama 16 tahun kapten Argentina itu untuk meraih kejuaraan antarabangsa selepas berjaya menjulang Copa America tempoh hari.

Tetapi mungkin ada satu lagi cerita yang boleh meruntun jiwa kita semua. Bagi kebanyakan peminat bola sepak yang terutama generasi muda, statistik jaringan Messi mungkin akan dirujuk pada laman web tertentu.

Tetapi seorang penyokong setia Argentina berusia 100 tahun, Don Hernan telah merekodkan setiap gol yang dijaringkan oleh pemenang enam kali anugerah Ballon d’Or tersebut sejak dari awal kariernya dengan cara yang cukup klasik iaitu menggunakan kertas dan pensil.

Cerita tersebut menjadi sensasi di media sosial Tik Tok yang dikongsi oleh cucunya Julian Mastrangelo.

Menurut perkongsian Julian, datuknya itu akan menulis setiap gol yang dijaringkan oleh Messi. Jika terlepas menonton siaran langsung, beliau akan meminta untuk diberikan perincian supaya tiada gol yang terlepas untuk dicatat dalam notanya.

Sehubungan itu, Messi telah merakam video untuk memberikan mesej kepada peminat setianya itu sebaik sahaja kejohanan Copa America berakhir.

“Hello Hernan, kisah anda telah sampai kepada saya,” kata Messi.

“Agak gila pada saya bila dapat tahun awak telah merekodkan semua gol saya dengan cara itu, dan sebab itu saya mahu berikan pelukan besar sebagai penghargaan dan berterima kasih untuk awak yang awak telah lakukan.”

Selepas menonton video itu, Don yang sebak dan mengalirkan airt mata berkata, “Saya telah mengikuti perkembangan awak dan saya akan teruskan sehingga ke penghujungnya, saya sentiasa di belakang awak.”

Don juga dapat menambah empat gol yang dijaringkan oleh Messi sepanjang kejohanan Copa America di dalam catatannya, lebih manis lagi jaringan tersebut telah memberikan kejuaraan yang diimpikan oleh Messi dan seluruh rakyat Argentina.

Baru-baru ini Messi dilaporkan telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Barcelona yang mungkin akan mengekalkannya di Nou Camp sehingga penghujung kariernya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Lionel Messi:

https://semuanyabola.com/bagaimana-moratorium-benarkan-barcelona-terus-ikat-messi/

Copa America: Akhirnya Messi Menang Juga Piala Bersama Argentina!

Lionel Messi Terpaksa Tanggung Rugi RM500,000 Sehari

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN