Penyerang Remaja India, Sridarth Nongmeikapam Jalani Sesi Percubaan Dengan Kelab Slovenia

Jika penyerang remaja negara, Luqman Hakim Shamsudin baru-baru ini telah mendapat tawaran untuk mengikat kontrak bersama kelab Belanda, KV Kortrijk, pemain berusia 15 tahun dari India, Sridarth Nongmeikapam pula telah mencipta sensasi di negaranya apabila beliau dikhabarkan bakal menjalani sesi percubaan bersama kelab Slovenia.

Dalam laporan Sport Star, kelab yang dimaksudkan adalah ND Ilirija 1911, sebuah pasukan bola sepak tertua di Slovenia yang kini merupakan kelab sokongan (feeder club) kepada NK Olimpija Ljubljana, salah satu pasukan paling berjaya di negara berkenaan.

Sepanjang 10 hari di Ljubljana, Sridarth akan menjalani latihan dengan pasukan B-15 Ilirija yang kini bermain di liga divisyen tertinggi dalam struktur liga remaja Slovenia. Beliau juga akan menerima latihan tambahan bersama barisan kejurulatihan kelab tersebut.

Sridarth yang juga sebahagian dari skuad Akademi Elit AIFF (seperti Akademi Mokhtar Dahari di Malaysia) menganggotai pasukan remaja India yang berjaya melangkah ke pusingan akhir kejohanan AFC B-16 2020.

Pemain kelahiran Manipur itu menjaringkan lima gol di Tashkent, Uzbekistan ketika skuad Blue Tiger berjaya menamatkan pusingan kelayakan di kedudukan teratas kumpulan mengatasi pasukan tuan rumah, Bahrain dan Turkmenistan.

Sewaktu India dinobat juara dalam kejohanan SAFF B-15 di Kalyani, Barat Bengal  pada awal musim ini, beliau telah mencatat hatrik dalam perlawanan akhir menewaskan Nepal 7-0.

“Pada awalnya saya beraksi di bahagian sayap, tetapi mula berubah posisi sewaktu di akademi AIFF. Jurulatih, Bibiano Fernandes telah memberikan bimbingan terbaik dalam karier saya setakat ini dan saya telah mempelajari banyak perkara daripadanya sepanjang dua tahun ini,” kata Sridarth yang kini bermain bersama akademi Bengaluru FC.

Beliau turut memberikan kredit kapada bapanya yang banyak memberikan galakan untuk berjaya dalam sukan bola sepak.

“Bapa saya merupakan pemain profesional dan telah bermain untuk beberapa kelab besar di India seperti Mohun Bagan, Churchill Brothers dan Dempo FC.

“Saya tidak ingat bagaimana dan bila saya mula bermain bola sepak, tetapi jiwa saya sentiasa dekat dengan bola sepak. Bapalah orang yang bertanggungjawab mengajar saya cara bermain dan sentiasa menjadi inspirasi saya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN