Penyerang Muda Benfica Darwin Nunez Jadi Rebutan Man City, Real Madrid

Nuno Gomez Benfica

Aksi luar biasa yang dipamerkan penyerang muda Benfica, Darwin Nunez telah menarik minat beberapa kelab gergasi Eropah termasuk Real Madrid dan Manchester City.

Pemain berusia 21 tahun berkenaan menyertai kelab Portugal itu dari Almeria pada September lalu dengan nilai perpindahan €24 juta dan pantas menyesuaikan diri di kelab baharunya.

Ini termasuk persembahan cemerlang penyerang Uruguay tersebut mencatat hatrik ketika aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) berdepan Lech Poznan tempoh hari.

Walaupun di liga NOS Nunez cuma menjaringkan satu gol dalam tujuh penampilan, tetapi beliau telah mencipta lima bantuan jaringan untuk rakan sepasukannya dalam tempoh tersebut yang menjadikan beliau salah satu prospek terhangat di Eropah ketika ini.

Real Madrid kini terdesak mencari pemain yang boleh menggantikan Karim Benzema untuk jangka masa panjang. Juara La Liga tersebut mungkin boleh menawarkan pertukaran dengan Luka Jovic yang gagal menyerlah di bawah kendalian Zinedine Zidane.

Penyerang Serbia berkenaan yang pernah beraksi untuk Benfica menyertai Los Blancos dengan yuran perpindahan €60 juga dari Eintracht Frankfurt pada musim panas 2019, namun bergelut dengan beberapa siri kecederaan dan hanya menjaringkan dua gol dalam 32 penampilan.

Bagaimanapun Real berdepan dengan persaingan beberapa kelab utama Eropah yang lain seperti Manchester City dan Inter Milan.

Menurut laporan The Sun, Pep Guardiola kini sedang mencari seorang penyerang muda baharu selepas menyedari karier Sergio Aguero mungkin sudah sampai di penghujung di mana kontrak penyerang berusia 32 tahun tersebut akan tamat menjelang akhir musim ini.

Sekalupun masih mempunyai Gabriel Jesus, namun penyerang Brazil tentu memerlukan seorang lagi penyerang lain sebagai sokongan dan Nunez dilihat calon yang paling sesuai.

Benfica sememangnya cukup terkenal dalam menghasilkan penyerang-penyerang berkualiti dan mungkin giliran Nunez pula akan memberikan pulangan lumayan buat kelab Portugal berkenaan tidak lama lagi.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Andy Robertson: Peminat Dah Tak Begitu Menikmati Bola Sepak Kerana VAR

Cavani Mungkin Dingantung Tiga Perlawanan Kerana Perkataan Perkauman

United Dah Ada Kesebelasan Terbaik Tanpa Martial, Pogba, De Gea & Shaw

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN