5 Penyerang Paling Berbahaya Di Liga Perdana Inggeris 2017/18

Liga Perdana Inggeris pernah menyaksikan deretan penyerang prolifik dalam sejarah 25 tahun penganjurannya. Daripada Alan Shearer ketika beraksi bersama Blackburn Rovers dan Newcastle United shinggalah kepada gandingan Yorke-Cole di Manchester United.

Nama-nama lain seperti Ruud Van Nistelrooy, Les Ferdinand, Dennis Bergkamp, Robin van Persie, Teddy Sheringham, dan juga Thiery Henry pernah menjadi nama yang menggegarkan EPL

Kali ini kami tampilkan 6 penyerang yang pada pendapat kami adalah terbaik dan penting buat pasukan masing-masing pada musim ini.

1. Sergio Aguero (Manchester City, 6 gol)

Pada usia 29 tahun, Sergio Aguero telah membuktikan keupayaannya sebagai antara penyerang terbaik yang pernah beraksi di EPL. Malah di Etihad, Aguero sudah berstatus seorang legenda.

Namun demikian, musim ini Aguero masih perlu membuktikan kepada Pep Guardiola bahawasanya dia harus terus menjadi sandaran utama pengendali daripada Sepanyol itu. Ia menjadi sebegitu terutamanya selepas ketibaan Gabriel Jesus.

(Photo by Tom Flathers/Manchester City FC via Getty Images)

Jesus digandingkan dengan penyerang antarabangsa Argentina ini dalam 4 daripada 6 perlawanan setakat ini, dan langkah mengandingkan kedua-dua penyerang dari Amerika latin ini oleh Guardiola telah memberikan impak positif kepada Aguero.

Gandingan Jesus-Aguero telah menghasilkan 12 gol sesama mereka dalam semua pertandingan.

Hatrik yang dihasilkan dalam kemenangan 6-0 ke atas Watford membuktikan sentuhan penyudahnya masih berbisa. Kerja keras di bahagian lain turut mendapat pujian Guardiola yang menuntut lebih daripada sentuhan penyudah dari Aguero semata-mata.

2. Romelu Lukaku (Manchester United, 6 gol)

Terdapat keraguan daripada pemerhati bola sepak, malah dari kalangan penyokong United sendiri apabila Romelu Lukaku tiba di Old Trafford dengan tanda harga £75 juta.

Namun Lukaku lantas memadam keraguan tersebut dengan permulaan yang sangat cemerlang.

Kegagalan meyakinkan Jose Mourinho ketika di Chelsea lantas dilupakan. Kini Manchester United meraih keuntungan hasil daripaada pengalaman 5 tahun Lukaku di bola sepak Inggeris ketika bersama West Brom dan juga Everton.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Jelas peluang untuk menyarung jersi berwarna merah United adalah satu lagi peluang untuk Lukaku membuktikan keupayaannya di pentas tertinggi, dan beliau melakukannya dengan baik sekali setakat ini.

Lukaku sangat sesuai dengan gaya permainan ‘robust’ United. Beliau juga membuktikan dirinya mampu menjaringkan banyak gol. Bersama Lukaku, Manchester United mulai memenangi perlawanan yang berkemungkinan berakhir dengan seri atau kekalahan seperti pada musim lalu.

6 gol di EPL setakat ini, berapa banyak gol lagi akan disumbangkan oleh Lukaku? Persoalanan ini hanya akan membuatkan kem United lebih teruja menjelang akhir musim nanti

3. Alvaro Morata (Chelsea, 6 gol)

Diego Costa adalah rakan sepasukan Morata dalam skuad kebangsaan Sepanyol, namun tidak ditakdirkan demikian di Chelsea. Morata bukan Costa. Mereka punyai corak permainan yang berbeza.

Tatkala Costa gemar mencabar pertahanan lawan untuk mencari ruang menjaringkan gol, Morata menunjukkan ada kaedah lain yang lebih menarik untuk melakukannya.

Jaringan hatrik ketika membantu Chelsea membelasah Stoke 4-0 adalah bayangan kepada kepantasan dan ketajaman yang dimiliki oleh Morata- aspek yang berlainan dibandingkan dengan Costa.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images

Mungkin ada yang mempersoalkan Stoke tidak menurunkan barisan pertahanan seperti kebiasaan dalam perlawanan tersebut. Namun Morata telah membuktikan beliau mampu mengambil kesempatan akan kelemahan itu jika diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama- perkara yang sukar diperolehinya ketika di Real Madrid dan Juventus.

Morata turut bergelut ketika berhadapan dengan Arsenal, namun satu perkara yang kita harus ingat ialah Morata belum lagi digandingkan dengan Eden Hazard yang benar-benar telah pulih ke kemuncak prestasi.

4. Harry Kane (Tottenham Hotspur, 4 gol)

Harry Kane sangat sinonim dengan kebangkitan Tottenham Hotspur di Liga Inggeris. Sukar untuk memberi analogi kepada keupayaan Kane. Keupayaan jaringannya mengingatkan kita kepada Alan Shearer, tetapi Kane bukan sekadar seorang penjaring.

“Aksi dan keupayaan Kane menyerupai Alan Shearer, namun Kane turut mempunyai keupayaan yang dimiliki oleh Teddy Sheringham, turun ke bahagian tengah. Kane mempunyai gandingan 2 kebijaksanaan,” ujar Rio Ferdinand pada Jun lalu.

. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

Kane mampu menyelinap untuk melepaskan diri dari pemain pertahanan lawan, dan mempunyai keupayaan rembatan deras menggunakan kedua-dua belah kaki.

Ogos lalu mungkin bukan permulaan yang baik buat Kane pada musim ini. Namun gandingannya bersama Dele Alli dan Christian Eriksen membuatkan Tottenham kembali sebagai sebuah pasukan yang digeruni musim ini.

Maka tidak hairanlah mengapa Mauricio Pochettino cintakan Harry Kane!

5. Roberto Firmino (Liverpool, 2 gol)

Sadio Mane akan kembali sebagai pilihan dalam senarai penyerang di Anfield selepas menjalani pergantungan perlawanan. Ini memberikan masalah yang positif kepada Jurgen Klopp yang turut memikirkan kegagalan anak buahnya menghasilkan jaringan.

Masalah utama Klopp sekarang ialah bagaimana untuk menggandingkan Philippe Coutinho, Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino dalam satu pasukan.

Di kalangan 4 pemain di atas, Firmino dijangka akan dikekalkan di dalam kesebelasan utama.

Ini adalah kerana keupayaan yang dimiliki oleh Firmino untuk menahan bola di bahagian atas untuk mengajak rakan sepasukannya yang lain untuk turut menyerang- keupayaan yang hanya ada pada Firmino.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Peranan Firmino di Liverpool adalah seperti Karim Benzema di Real Madrid- pemain yang memberi faedah kepada rakan sepasukan di sekelilingnya.

Liverpool memiliki rangkaian serangan yang sangat fleksibel. Mane dan Salah akan menyerang dari posisi sayap dan sering menjadi pemain yang akan mengakhiri serangan Liverpool dengan percubaan ke arah gol.

Salah nmerupakan penjaring terbanyak Liverpool dalam semua pertandingan dengan 6 gol setakat ini, memiliki 27 percubaan ke arah gol berbanding hanya 17 yang dimiliki oleh Firmino.

3 bantuan gol yang disumbangkan oleh Firmino di EPL setakat ini cukup menggariskan kepentingan penyerang antarabangsa Brazil ini.

Rumusan

Siapakah penyerang yang paling berbahaya pada pendapat anda? Siapakah di antara mereka yang akan mengakhiri musim dengan gelaran kasut emas?

Lebih daripada itu, siapakah pemain yang akan bermegah membawa pasukan masing-masing bergelar juara EPL pada penghujung musim nanti?

Nyatakan pendapat anda di ruangan komen. Kami mahu mendengarnya daripada anda.

Sumber:

1. Oliver Young-Mills, Squawka (2017): Which big-six No.9 is most valuable to their team?; http://www.squawka.com/news/which-big-six-no-9-is-most-valuable-to-their-team-analysis/994130#qHsBC0YWJmVMveaK.99

2. Sky Sports (2017): Premier League’s best striker: Harry Kane, Sergio Aguero or Romelu Lukaku?; http://www.skysports.com/football/news/18871/11054009/premier-leagues-best-striker-harry-kane-sergio-aguero-or-romelu-lukaku

3. John Brewin, ESPN FC (2017): New Golden Age as Aguero, Lukaku, Morata, Kane and Firmino thrive; http://www.espnfc.com/english-premier-league/23/blog/post/3213585/a-new-golden-age-for-premier-league-strikers-as-aguero-lukaku-morata-kane-and-firmino-thrive

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram