Xherdan Shaqiri Menyamar Sebagai Jurulatih Tua Berskil Tinggi

Xherdan Shaqiri merupakan pemain berstatus hero di Switzerland. Bakatnya mula dikenal pasti dan digilap semasa bersama FC Basel. Selepas FC Basel beliau telah berhijrah ke kelab gergasi Jerman, Bayern Munich dan beliau kemudiannya ke Inter Milan.

Shaqiri melakukan debut antarabangsa bersama Switzerland semasa berumur 18 tahun

Bintang Inter Milan dan Switzerland ini telah menyamar sebagai jurulatih tua yang berskil tinggi untuk memberikan kejutan kepada pemain muda SC Kriens, sebuah kelab di Switzerland.

Shaqiri datang ke sesi latihan SC Kriens untuk berlatih bersama-sama dengan pemain muda terbaik SC Kriens bersama jurulatih mereka.

Selepas di solek, memang tak cam yang itu Shaqiri. Siap tanya pemain, “Takkan dah penat?”

shaqiri2

Lihat video penuh yang berdurasi 1 minit 52 saat bagaimana Shaqiri menyamar menjadi jurulatih tua yang berskil tinggi di bawah:

Sumber: Blick

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN