Penstrukturan Bola Sepak & Pembangunan Bakat Muda Asas Kebangkitan Vietnam

8 Februari 2017- Ho Tuan Tai, Van Toan dan  Nguyen Cong Phuong, memahatkan malam derita buat Malaysia dengan jaringan ketiga untuk Vietnam B-22 menewaskan Malaysia B-22 dengan jaringan 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di bandar Ho Chi Minh.

Skuad B-22 negara pada ketika itu masih di bawah kendalian jurulatih Frank Bernhardt. Kekalahan 3-0 kepada Vietnam itu dianggap penampilan terburuk pasukan remaja negara sepanjang di bawah kendalian jurulatih berasal dari Jerman itu.

Lupakan keputusan dan prestasi skuad muda negara pada ketika itu. Soalan yang wajar ditanya pasca perlawanan tersebut ialah, adakah bola sepak di Vietnam telah berkembang lantas meninggalkan kita tanpa disedari?

Jika benar, bagaimana mereka melakukannya? Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita selidiki serba sedikit permasalahan yang dialami oleh bola sepak di Vietnam.

Masalah bola sepak Vietnam

Seperti negara-negara lain di rantau Asia Tenggara, Liga Bola Sepak Vietnam yang dikenali sebagai V-League adalah liga bola sepak yang membosankan, sekurang-kurangnya dalam kalangan pengikut bola sepak bekas negara komunis tersebut.

Ini berdasarkan fakta bahawa untuk 30 tahun sebelum ini, kelab bola sepak yang bertanding di V-League hilang tumbuh berganti akibat kekangan kewangan, masalah dalaman, campur tangan politik dan sebagainya.

Ini mengakibatkan kelab bola sepak berpecah menjadi dua entiti, tidak kurang juga yang bergabung demi ‘survival’ masing-masing, dan ada juga kelab bola sepak yang terus hilang daripada radar pertandingan, atau dengan kata lain ‘gulung tikar‘.

(Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Kelab manakah yang wajar disokong apabila penyertaan di V-League saling silih berganti?

Selain daripada ketiadaan kelab bola sepak yang kukuh, isu rasuah juga adalah salah satu perkara yang sering menjatuhkan bola sepak di negara berkenaan.

Sebagai contoh, kontroversi membabitkan bintang meningkat naik, Pham Van Quen dan rakan sepasukan B-23 yang didakwa mengatur perlawanan ketika Sukan SEA 2005, sedikit sebanyak menjauhkan minat rakyat Vietnam terhadap bola sepak domestik.

Dasar penswastaan dan francais

Membangunkan kembali bola sepak di sesebuah negara bukanlah satu perkara yang mudah. Ia adalah satu proses berterusan yang memakan masa.

Salah satu kaedah untuk mewujudkan kelab bola sepak yang mampu bersaing secara kompetitif dan relevan ialah dengan melaksanakan dasar penswastaan.

Pada 2006, sebuah kelab baharu diwujudkan, dengan sokongan kewangan oleh salah sebuah syarikat perniagaan terbesar di Hanoi, T&T Group.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA – DECEMBER 10: AFC Deputy General Secretary Windsor John draws out Ha Noi T&T or SHB Da Nang of Vietnam during the 2014 AFC Cup Group Stage Official Draw during the AFC Cup and ACL 2014 Official Draw on December 10, 2013 in Kuala Lumpur, Malaysia. (Photo by Stanley Chou/Getty Images)

Kelab bola sepak yang dikenali sebagai Hanoi T&T itu bermula dari Divisyen 4 Liga Bola Sepak Vietnam, sebelum mula bersaing di V-League 1 pada 2009.

Hanoi T&T menamatkan cabaran di tempat ke-4 pada musim pertama di V-League 1 dan tidak pernah tersingkir daripada divisyen utama sejak daripada itu.

Pada penghujung 2010, Hanoi T&T turut membeli pasukan remaja Viettel FC. Pada masa yang sama mereka menubuhkan Hanoi T&T di Liga V Divisyen 2. Pada tahun berikutnya, Hanoi T&T distruktur dan dijenamakan semula menjadi Hanoi FC.

Selepas segalanya selesai, mereka memutuskan untuk berpindah ke Kotaraya Ho Chi Minh pada 2016.

Hanoi FC faces off against Filipino team Ceres Negros in the 2017 AFC Cup. Photo via Thanh Nien

Mengambil kira faktor ‘fanbase’ mereka telah menukar sekali lagi nama kelab itu kepada Saigon FC. Ini kerana sudah ada kelab bernama Ho Chi Minh City di sana.

Mereka memilih nama Saigon kerana itu adalah nama klasik untuk Ho Chi Minh City sebelum 1975. Jadi nama Saigon itu memang kena dengan kawasan ‘rumah’ baru mereka.

Dari segi logistik, Ho Chi Minh adalah pusat bandar yang memudahkan mereka melakukan segala urusan pengurusan seharian. Dari situ bermula era penswastaan/francais dalam bola sepak di Vietnam.

Pembangunan bakat muda

Rakyat Vietnam sangat obses kepada bola sepak. Walaupun tidak mempedulikan liga bola sepak domestik mereka sendiri dan lebih cenderung untuk memberikan sokongan kepada kelab asing, bola sepak adalah sukan No.1 di serata negara berkenaan.

Jauh di pedalaman pergunungan Vietnam, sebuah akademi bola sepak diwujudkan. Sasaran mereka ialah kanak-kanak yang sering bermain tanpa kasut, atau sarung tangan di celah-celah lereng perkampungan.

Setiap hari, kanak-kanak seawal usia 10 tahun ini akan berlatih sekurang-kurangnya 5 jam sehari dengan fasiliti moden, di dalam akademi bola sepak yang disifatkan sebagai sekolah elit.

1. Akademi Bola Sepak HAGL

Akademi bola sepak yang dikenali sebagai Hoang Ahn Gia Lai (HAGL), dan merupakan antara perkara terbaik yang pernah terjadi di dalam bola sepak Vietnam.

Apa tidaknya, 9 daripada 11 pemain utama yang memulakan perlawanan ketika menewaskan Malaysia 3-0 pada Februari lalu adalah produk HAGL.

(Photo credit should read STR/AFP/Getty Images)

Pada hari ini Akademi Bola Sepak HAGL ialah salah satu akademi bola sepak yang paling produktif di dunia. Akademi ini diuruskan dengan bantuan pakar teknikal daripada Arsenal FC, selepas kedua-duanya memeteraikan perjanjian kerjasama pada 2007.

Ia adalah projek jangka masa panjang. Vietnam boleh berbangga kerana ia telah menghasilkan antara produk muda bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara pada hari ini.

Alfred Riedl yang mempunyai pengalaman luas dengan bola sepak di Asia Tenggara menyifatkan Akademi Bola Sepak HAGL sebagai sebuah akademi yang ditadbir urus dengan profesional dengan lambakan bakat muda berpotensi.

Young boys demonstrate their football-playing skills during a recruitment held by HAGL-Arsenal JMG Academy at a local stadium in the northern city of Hai Duong on June 13, 2009. Ronaldo was not good enough to secure a highly-coveted spot at an internationally-linked Vietnamese football academy. Neither was Ronaldo nor Ronaldo. Several children wearing the Portuguese star’s jersey were among thousands who tried out recently for a chance to join the global training network of former French international player Jean-Marc Guillou. AFP PHOTO/HOANG DINH Nam (Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Guillaume Graechen (gambar bawah) yang merupakan salah seorang jurulatih di akademi berkenaan berkata dalam satu wawancara:

“Ketika kami memulakan pusat ini, pelatih tidak tahu bermain bola sepak menggunakan kasut but, atau pun sarung tangan untuk penjaga gol,”

“Oleh itu kami terpaksa membiasakan mereka menggunakan kasut bola, mengarahkan mereka menimang bola, dan hanya dibenarkan menanggalkan kasut selepas mereka mampu menimang bola dengan betul.”

(Photo credit should read HOANG DINH NAM/AFP/Getty Images)

Graechen turut berkata ia adalah satu pengalaman yang mencabar kerana terpaksa menggunakan 5 bulan bagi memastikan pelatih benar-benar menguasai teknik timangan bola dengan kasut.

Setiap pelatih kemudiannya akan berada di akademi tersebut selama 7 tahun sebelum dilepaskan kepada kelab-kelab di Vietnam. Sehingga kini, dua kumpulan pelatih iaitu pada 2007 dan 2009, telah menunjukkan hasilnya pada hari ini.

“Secara teknikal, taktikal dan kebijaksanaan membaca permainan, mereka sudah bersedia untuk bergelar pemain profesional. Aspek keyakinan turut ditambah baik dengan menyertai beberapa kejohanan antarabangsa di sekitar Eropah sejak beberapa tahun yang lalu,” tambah Graechen.

2. Promotion Fund of Vietnamese Football Talents Football Club (PVF)

Selepas kejayaan Akademi Bola Sepak HAGL, kesedaran akan kepentingan bakat muda dalam merevolusi bola sepak di Vietnam semakin meningkat.

Seperti HAGL, Promotion Fund of Vietnamese Football Talents Football Club (PVF) adalah usaha salah sebuah syarikat koperat, iaitu VinGroup yang merupakan salah sebuah syarikat besar yang melabur di bidang hartanah, pertanian, pendidikan dan pelbagai lapangan lain di Vietnam.

PVF FC yang bernaung di bawah projek ini akan bersaing di V-League 2, dengan sasaran untuk menghasilkan deretan bakat bola sepak untuk dieksport keluar pada masa hadapan.

Projek yang bermula sekitar 2012 ini baru-baru ini turut melantik pengurus Wales, Ryan Giggs dan dibantu oleh Paul Scholes pada November tahun lalu, sebagai Pengarah akademi bola sepak berkenaan.

Vietnam mulai menuai hasil

Di kejohanan Piala AFF Suzuki 2016, nama-nama seperti Vu Vah Thanh, Nguyen Van Toan, Nguyen Tuan Ahn, Nguyen Cong Phong and Luong Xuang Truong adalah asing bagi kita.

Dua tahun selepas itu, pemain-pemain ini merupakan sandaran Park Hang-seo untuk membawa Vietnam mara sehingga ke perlawanan akhir Piala AFC B-23 di China.

(Photo by Maddie Meyer – FIFA/FIFA via Getty Images)

Kemunculan barisan muda Vietnam di Piala Dunia B-20 di Korea Selatan pada tahun lalu, juga bukan satu kebetulan. Ia adalah perancangan jangka masa panjang yang memerlukan pelaburan yang tinggi, kesabaran, visi, dan kegigihan.

Di Piala Dunia B-20 pada tahun lalu, Vietnam tewas 4-0 kepada Perancis, tewas 2-0 kepada Honduras, sebelum mengikat New Zealand 0-0 untuk saingan berakhir di peringkat kumpulan.

Bagi anak muda ini, ia satu pengalaman yang amat berharga. Satu perkara yang pasti ialah, Vietnam pasti tidak mahu kebangkitan mereka dipersia-siakan begitu sahaja.

Penutup

Jika ada kaedah terbaik untuk menggambarkan kebangkitan bola sepak Vietnam, ia mungkin pada kedudukan ranking FIFA.

Skuad kebangsaan Vietnam yang berada di bawah bimbingan Park Hang-seo melonjak 13 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-112 dunia, menjadikan skuad ‘Naga Emas’ tersebut tampil sebagai negara Asia terbaik yang dari segi peningkatan pada tahun lalu.

Peningkatan ini dibantu oleh kejayaan mereka melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Asia di UAE pada tahun hadapan, turut dibantu oleh kelompok pemain muda yang sama.

Cabaran seterusnya untuk Vietnam ialah, bagaimana untuk menjadikan diri mereka sebagai kuasa dominan, bukan sahaja di kejohanan peringkat umur, malah kuasa bola sepak Asia dan dunia pada masa akan datang.

Mungkin Vietnam boleh mengambil pengajaran daripada Greece. Greece pernah bergelar juara Eropah. Namun selepas itu, bola sepak Greece merudum sehingga kini.

Bagi Vietnam, mereka sudah memiliki asas yang kukuh di dalam bentuk deretan bakat muda hasil pembangunan akar umbi yang bersistematik.

Dan pada 2019, Vietnam telah menambah satu lagi koleksi pencapaian untuk pasukan belia mereka iaitu kejayaan memenangi pingat emas Sukan SEA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN