Penjelasan Format Play Off Tempat Ke-3 Di Piala Eropah.

Kemusykilan

Ramai penyokong bertanya ada atau tidak play off tempat ke-3 dalam kejuaraan Piala Eropah edisi 2016?

Jawapannya tidak ada. Wales dan Jerman sudahpun selamat sampai di tanah air mereka dengan masing masing membawa pingat gangsa.

Wales sudah dirai bagaikan wira oleh lautan penyokong mereka di Cardiff.

Pernahkah ada play off tempat ke-3 dalam Piala Eropah?

Ya, perlawanan penentuan tempat ketiga dulu menjadi rutin dalam Kejohanan Eropah.

Bila Piala Eropah Ada Tempat Ke-3 ?

Sejak edisi pertama pada 1960 sehinggalah yang terakhir pada 1980.

Mengapa tidak ada playoff tempat ketiga sekarang?

UEFA memansuhkan format tersebut selepas kejohanan 1980 di Itali.

Ini kerana berlaku penurunan kehadiran penyokong di stadium dan penonton di kaca tv untuk menyaksikan play off tersebut.

Pada 1980, format pertandingan diubah dan diperbesar dengan 8 pasukan bertanding peringkat akhir buat kali pertama.

Sebelum ini cuma ada empat pasukan sahaja yang bertanding.

8 pasukan dipecah kepada dua kumpulan. 2 pasukan pemenang kumpulan akan terus ke perlawanan akhir.

Manakala naib juara peringkat kumpulan akan perlawanan play off tempat ketiga.

Pada tahun 1980, Czechoslovakia menewaskan tuan rumah Itali 9-8 dalam penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1.

Edisi 1980 adalah yang terakhir kejohanan Eropah ada penentuan tempat ketiga pada tahun.

Format baru diperkenalkan pada 1984. 2 pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.

Ada 15 perlawanan, termasuk separuh akhir. Bezanya kali ini juara kumpulan tidak akan langsung ke final.

Mereka perlu bermain di separuh akhir menentang naib juara kumpulan.

Format ini telah digunakan sehingga Euro 1996 apabila sistem 16 pasukan dan 31 perlawanan telah diperkenalkan.

Format ini diubah sekali lagi pada kejohanan Piala Eropah 2016 dengan 24 pasukan layak ke peringkat akhir.

Ada atau tidak kejohanan lain mempunyai tempat pertandingan ketiga?

Kejohanan Piala Eropah adalah satu-satunya kejohanan yang tidak ada playoff tempat ketiga.

Piala Dunia, Copa America dan Piala Negara-Negara Afrika semuanya mempunyai tempat playoff ketiga.

Baru baru ini, Colombia menewaskan Amerika Syarikat dalam play off tempat ke-3 di Copa America Centenario 2016.

Apa yang biasanya berlaku kepada penganjuran perlawanan tempat ke-3?

Ia biasanya dianggap sebagai perlawanan bsestatus rendah dari segi keutamaan oleh penganjur.

Biasanya perlawanan akan dianjurkan di stadium lebih kecil.

Ini kerana penganjur biasanya mencari stadium di sekitar bandar utama penganjur namun tidak boleh menggunakan stadium utama.

Adakah pasukan yang kalah di semifinal akan berpuas hati tanpa play off tempat ke-3?

Bagi kami, pasukan akan berpuas hati dengan status pingat gangsa tanpa perli berisiko kecewa untuk kali kedua jika tewas.

Pasukan yang kuat biasanya tidak mengambil serius play off ini dan kerap menurunkan pasukan kedua mereka.

Namun, adakah UEFA akan kembali dengan format play off tempat ke-3 pada masa hadapan? Apa pula pandangan anda?

Baca juga: Format Baru Piala Eropah 2016 Dikritik: Kurang Gol Dan Galak Pasukan Bermain Defensif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram