Senarai Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Dalam 5 Liga Utama Eropah

Ini adalah senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di 5 liga utama Eropah. Rekod ini adalah berdasarkan jumlah gol dalam perlawanan liga sahaja.

1. Gerd Muller – Bundesliga Jerman

Lagenda Jerman ini sememangnya sangat prolifik. Beliau antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia.

Beliau menjaringkan 365 gol daripada 427 perlawanan Bundesliga. Beliau hanya bermain dengan Bayern Munich sepanjang karier beliau.

(FAQ: Gerd Muller ayah kepada Thomas Muller? Jawapannya bukan!)

2. Liga Perdana Inggeris – Jimmy Greaves

Pemain ini sinonim dengan Tottenham Hotspurs. Beliau memulakan karier dengan Chelsea. Selepas 4 musim di Chelsea beliau menyertai AC Milan.

Oleh kerana, tidak menjadi di AC Milan beliau dijual ke Tottenham Hotspurs. Di sinilah beliau mencapai kemuncak prestasi.

Kekuatan beliau adalah kelajuan dan juga gelecekan. Greaves menjaringkan keseluruhan 357 gol dalam EPL dan disemadikan Spurs dalam Tottenham Hotspurs Hall Of Fame.

3. Serie A Itali – Silvio Piola

Lagenda Lazio dan Itali ini telah menjaringkan 290 gol dalam liga utama Itali sepanjang karier beliau.

Selain Lazio beliau juga pernah bermain untuk Juventus. Walaupun memiliki rekod yang luar biasa dalam Serie A, Piola tidak pernah menjulang piala tersbut.

Beliau cuma pernah menjadi naib juara liga bersama Lazio dan Juventus.

Beliau diabadikan dalam Italian Hall of Fame. Selain itu ada 2 stadium di Itali yang berada di Novara dan Vercelli diberikan nama sempena nama beliau.

4. Ligue 1 Perancis – Dellio Onnis

Beliau antara pemain yang menyebabkan gelaran fox in the box mulai semakin digunakan oleh pengulas bola sepak global.

Onnis menjaringkan 299 gol daripada 280 perlawanan. Beliau sinonim dengan AS Monaco. Onnis menjaringkan 233 gol sepanjang di Monaco.

Ada satu musim, selepas menerima anugerah penjaring terbanyak Ligue 1, AS Monaco telah tersingkir. Banyak tawaran dari kelab lain untuk Onnis.

Namun beliau memilih untuk kekal di AS Monaco. Satu musim di divisyen 2, Onnis menjaringkan 30 gol.

Beliau menjadi kesayangan penyokong keranan komitmen beliau. Onnis memenangi Anugerah Penjaring Terbanyak Ligue 1 sebanyak 5 kali.

Sayangnya pada 1980, beliau terpaksa meninggalkan AS Monaco selepas bergaduh dengan Presiden Kelab.

5. La Liga Sepanyol – Lionel Messi

Pemain lincah yang terkenal dengan peranan 9 jadian (false 9) ini buat masa ini adalah penjaring terbanyak dalam sejarah La Liga.

Pada 1 Mac 2017, ketika artikel ini ditulis, Messi telah menjaringkan 331 gol dalam La Liga.

Beliau menjadi penjaring terbanyak secara rasmi menjadi penjaring terbanya La Liga pada 2014 ketika melakukan hat trik menentang Sevilla.

Messi memecahkan rekod 251 gol oleh Zarra pada ketika itu.

Messi sudah ada 8 kejuaraan La Liga, 4 UCL dan 5 anugerah Ballon d’Or.

Baca juga: Luis Enrique: “Tak Salah Untuk Barcelona Terus Berharap Kepada Lionel Messi”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN