Tips Pemilihan & Penjagaan Goalkeeper Gloves Untuk Penjaga Gol Amatur

Goalkeeper gloves adalah kelengkapan yang penting bagi penjaga gol. Dengan pergerakan bola yang semakin pantas, ia diperlukan untuk membantu penjaga gol menyelamatkan gawangnya.

Jika pemain lain hanya perlu melabur duit mereka pada kasut bola, penjaga gol pula terpaksa melabur pada kasut bola dan sarung tangan penjaga gol (goalkeeper gloves).

Dalam usaha untuk membantu persembahan penjaga gol amatur dari segi tips pemilihan goalkeeper gloves yang berkualiti dan cara penjagaannya, kami tuliskan artikel ini – spesifiknya – untuk penjaga gol amatur.

Tips pemilihan goalkeeper gloves

1. Jenis-jenis backhand

Backhand adalah bahagian belakang tangan di gloves. Biasanya ada 3 jenis backhand yang boleh anda pilih:

– punching zone: sesetengah penjaga gol gemar keluar untuk menumbuk bola keluar dari kawasannya. Gloves yang mempunyai punching zone dibuat untuk memberi perlindungan lebih kepada penjaga gol sebegini.

– supersoft: kadang-kala anda akan terjumpa gloves yang menggunakan getah sangat lembut di bahagian backhand. Ia dikatakan mampu meningkatkan persembahan anda. Tetapi juga membuatkan gloves tak tahan lama.

– basic latex (gambar bawah): Backhand yang menggunakan basic latex versatil untuk semua penjaga gol. Tetapi paling utama, ia tahan lama.

Rekomendasi untuk penjaga gol amatur: basic latex

2. Jenis-jenis palm

Palm pula adalah bahagian tapak tangan di gloves. Bahagian inilah yang menentukan ‘kelekatan’ (grip) glove anda dengan bola. Ada 5 jenis palm yang boleh anda pilih:

– contact foam (gambar bawah): biasanya dibuat untuk glove yang berwarna hitam, contact foam mungkin mahal. Tetapi ia sangat tahan lama dan mempunyai grip paling bagus.

– GIGA Grip (gambar bawah): biasanya dibuat untuk glove yang berwarna putih, GIGA Grip lebih murah berbanding contact foam walaupun tahap grip-nya agak kurang berbanding contact foam. Sama tahan lasak dengan contact foam.

– MEGA Grip: sama seperti GIGA Grip, ia biasanya dibuat untuk glove yang berwarna putih. Lebih murah berbanding GIGA Grip. Tetapi kurang tahap grip-nya dan tak tahan lama berbanding GIGA Grip.

– Supersoft: Tahap grip-nya setanding contact foam. Tetapi ia tak tahan lasak dan mahal. Hanya sesuai untuk padang rumput semulajadi.

– Aqua foam: dibuat untuk meningkatkan tahap grip dalam keadaan bola basah.

Rekomendasi untuk penjaga gol amatur: contact foam

3. Jenis-jenis closure

Closure adalah ikatan yang digunakan dalam goalkeeper gloves. Ada 4 jenis closure yang biasanya terdapat di pasaran:

– basic (gambar bawah): biasanya ikatan ini mempunyai kelebaran (atas bawah) 4cm. Tetapi sesetengah pengeluar goalkeeper gloves seperti Lekat Pro membenarkan anda membuat perubahan (customization) untuk meningkatkan kelebaran ke 5-6cm.

– extended palm: dalam ikatan ini, bahan bahagian tapak tangan (palm) dipanjangkan hingga ke bahagian closure di pergelangan tangan.

– bandage/double strap: ikatan ini digemari oleh penggemar glove Adidas.

– hook and loop: ikatan ini merupakan klasik. Ia digemari oleh penjaga gol yang meminati rekaan glove sebelum 2000-an.

Rekomendasi untuk penjaga gol amatur: ikut keselesaan anda

4. Jenis-jenis cutting

Cutting adalah potongan (cara binaan) goalkeeper gloves. Ada 4 jenis cutting yang boleh anda pertimbangkan:

– rolled finger (gambar bawah): cutting jenis ini paling digemari oleh ramai penjaga gol profesional di Malaysia. Kerana ia sangat selesa.

– flat palm: cutting ini kurang tebal berbanding rolled finger. Tetapi ia digemari oleh penjaga gol yang mahukan tangan mereka ‘merasai’ bola.

– negative cut: biasanya digemari oleh pengguna Adidas. Sesetengah pengeluar goalkeeper gloves tempatan seperti Lekat Pro juga menghasilkan cutting ini jika ada permintaan daripada pelanggan.

– hybrid cut: memandangkan cutting rolled finger cenderung untuk koyak di bahagian jari telunjuk dan jari kelinking, ada sesetengah penjaga gol yang mahukan 2 jari ini dijahit mengikut cutting flat palm.

Hybrid cut menggabungkan 2 jenis cutting dalam satu gloves.

Rekomendasi untuk penjaga gol amatur: rolled finger

5. Fingersave atau tiada fingersave?

Fingersave adalah teknologi yang diletakkan dalam gloves untuk melindungi jari daripada patah semasa menepis bola.

Penjaga gol profesional tak menggemari teknologi ini kerana mengurangkan fleksibiliti jari mereka. Lagipun mereka tak memerlukan perlindungan ini kerana teknik mereka sudah cukup bagus untuk mengelak kecederaan patah jari.

Memandangkan penjaga gol amatur jarang berlatih, mereka memerlukan teknologi ini untuk melindungi jari mereka.

Rekomendasi untuk penjaga gol amatur: Dapatkan gloves yang mempunyai teknologi finger save yang boleh dimasukkan/dikeluarkan.

Tips penjagaan goalkeeper gloves

1. Basuh gloves selepas beli

Ramai penjaga gola amatur mengadu gloves yang mereka baru beli tidak ‘grip’ seperti sepatutnya. Hal ini berlaku kerana mereka tak membasuh gloves mereka selepas membeli.

Ini kerana dalam setiap gloves yang baru keluar dari kilang, ia mempunyai wax (lilin) untuk melindungi permukaan gloves daripada calar.

Basuhan perlu dibuat dengan menggunakan air suam. Gunakan tuala basah untuk membasuh glove anda. Tak perlu rendam gloves anda.

2. Jangan keringkan di bawah cahaya matahari

Ramai penjaga gol amatur membuat kesilapan mengeringkan gloves yang baru dibasuh di bawah cahaya matahari. Apabila anda mengeringkannya di bawah cahaya matahari, gloves cepat rosak.

Sebaliknya keringkan gloves anda pada suhu bilik.

3. Basuh gloves selepas perlawanan/latihan

Setiap kali selepas latihan/perlawanan, anda perlu basuh gloves anda kerana ada debu, lumpur dan pasir yang akan terperangkap di permukaan gloves anda. 3 benda inilah yang selalu merosakkan gloves anda. Terutamanya gloves berwarna hitam.

Ini kerana penjaga gol amatur yang menggunakan gloves hitam cenderung untuk tidak membasuh gloves mereka kerana ‘tak nampak kotor’.

3 amalan ini mampu memanjangkan hayat gloves anda hingga 4-5 bulan.

LekatPro: Pengeluar goalkeeper gloves tempatan berkualiti pada harga berpatutan

Untuk pengetahuan anda, LekatPro merupakan pengeluar goalkeeper gloves dari Malaysia yang berkualiti. Tetapi pada harga yang jauh lebih berpatutan berbanding jenama luar negara.

Jika goalkeeper gloves kualiti profesional dari jenama luar boleh mencecah RM500-600, LekatPro boleh memberikan kualiti sama pada harga yang lebih murah.

Dengan bajet RM180 contohnya, anda boleh mendapatkan model Tangy Orange di bawah ini lengkap dengan teknologi finger save yang boleh dimasukkan/dikeluarkan.

Tambah RM20, anda boleh minta LekatPro untuk menjahit (secara embroidery) nama dan nombor jersi anda di gloves tersebut.

Meskipun LekatPro masih baru, ia sudah mendapat kepercayaan penjaga gol profesional tempatan seperti Wan Azraie (Pahang), Nasril Nourdin (Perlis), Ahmad Solehin Mamat, Remezey Che Ros (Kuala Lumpur), Hafiz Abu Bakar, Faridzuean Kamaruddin (Sime Darby) dan Sheril Anuar (Kuantan).

Dapatkan produk LekatPro dengan HUBUNGI mereka di bawah:

Facebook: LekatPro Sports
Instagram: @lekatPro
Whatsapp: 010 4232 636 (Amirul)

Baca juga: Panduan Memilih Sarung Tangan Penjaga Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN