Penjaga gol Leverkusen Hradecky Jaringkan Gol Sendiri Tercantik Dekad Ini

Lukas Hradecky Leverkusen

Ianya pasti menjadi kenangan pahit yang sukar untuk dilupakan buat penjaga gol Bayer Leverkusen Lukas Hradecky yang telah menjaringkan gol sendiri ‘terbaik dekad ini’ ketika perlawanan berdepan Arminia Bielefeld dalam aksi Bundesliga pada Sabtu.

Penjaga gol Slovakia itu yang menerima hantaran ke belakang dari Daley Sinkgraven cuba untuk membuat rembatan bagi mengeluarkan bola dari kawasannya, namun apa yang berlaku sepakannya tersasar dan bola bergolek masuk ke gawangnya sendiri.

Kesilapan yang berlaku pada awal babak kedua itu menyebabkan pasukan lawan mendapat gol penyamaan sekalipun belum membuat sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang perlawanan.

Gol tersebut ternyata mendapat perhatian di media sosial dan sebahagiannya mempersoalkan ‘kegelojohan’ Hradecky untuk membuat tendangan sedangkan beliau tidak menerima sebarang tekanan.

Malah ‘tragedi hitam’ tersebut turut dibandingkan dengan gol sendiri bekas penjaga gol Leverkusen, Bernd Leno yang melakukan kesilapan hampir serupa pada dua tahun lalu.

Ada yang mencadangkan agar anugerah ‘Puskas’ bagi kategori gol sendiri terbaik diwujudkan.

Bagaimanapun Hradecky bernasib baik apabila pemain pertahanan Aleksandar Dragovic menjaringkan gol pada minit ke-88 untuk memastikan Leverkusen menang 2-1 dan membawa pulang tiga mata berharga.

Pemain sayap Jamaica, Leon Bailey meletakkan Leverkusen mendahului perlawanan pada minit ke-27 selepas membuat gerakan satu dua dengan Florian Wirtz sebelum membuat rembatan kencang menewaskan penjaga gol Stefan Ortega.

Skuad kendalian Peter Bosz kini naik ke kedudukan kedua liga dengan hanya satu mata di belakang pendahulu Bayern Munich yang keciciran mata selepas terikat 1-1 dengan Werder Breman.

Keputusan lain menyaksikan Borussia Dortmund membelasah Hertha Berlin 5-2 sementara Schalke 04 tewas 2-0 kepada Wolfsburg.

Kredit Foto: JokesNaija

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Solskjaer Akui Peroleh Tuah Ketika Menang Lawan West Brom

Tewas Kepada Atletico Madrid, Projek ‘Barcelona Baharu’ Koeman Dipersoal

Mikel Arteta Kecewa Isu Pergaduhan Ceballos-Luiz ‘Kantoi’ Di Media

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN