Penjaga Gol Legenda England, Gordon Banks Meninggal Dunia Pada Usia 81 Tahun

Bola sepak England hari ini bersedih dengan pemergian penjaga gol legenda mereka – Gordon Banks – pada usia 81 tahun.

Banks merupakan penjaga gol yang membantu England menjuarai Piala Dunia 1966. Satu-satunya kejuaraan Piala Dunia di kabinet England sehingga ke hari ini.

Berita pemergian Gordon Banks diumumkan oleh keluarga beliau menerusi media rasmi Stike City. Kenyataan berbunyi: “Ianya hari yang sangat suram, untuk kami mengumumkan Gordon telah pergi dengan aman malam tadi.”

“Kami bersedih dengan kehilangan ini namun kami ada banyak memori indah dengan mendiang, kami tak mampu mengungkapkan kebanggaan kami kepada mendiang.”

Peter Shilton dan David Seaman antara yang terawal memberikan penghomatan kepada Gordon Banks dengan menggelar ia sebagai satu kehilangan seorang wira dan legenda England.

Banks menjadi watak penting dalam aksi final Piala Dunia di Wembley pada 1966. Di mana England menewaskan Jerman Barat.

4 tahun kemudian, pada temasya Piala Dunia 1970 di Mexico, Banks melakukan aksi menyelamat ikonik yang dianggap antara ‘save’ terbaik dalam sejarah Piala Dunia; di mana Banks menafikan percubaan menerusi tandukan jarak dekat oleh Pele.

Pada suku akhir, Banks tidak dapat diturunkan kerana tidak sihat, dan England tersingkir. Banks muncul dalam 628 aksi profesional sepanjang 15 tahun karier. Gordon Banks memenangi 73 kaps untuk negaranya.

Banks bermain kali terakhir untuk England pada 1972. Mendiang disifatkan sebagai tiada ganti oleh peminat Three Lions.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN