Penjaga Gol Kongsi Tips Selamatkan Sepakan Penalti ‘Terhencot-Hencot’ Bruno Fernandes

Kerjasama Semuanya BOLA

Siapakah penjaga gol terakhir yang pernah menyelamatkan sepakan penalti dari Bruno Fernandes?

Jawapannya adalah penjaga gol Loures berusia 25 tahun, Miguel Soares. Dan Soares menyelamatkan sepakan penalti pemain tengah itu dalam perlawanan menentang Sporting Lisbon pada Oktober 2018 – iaitu dua tahun yang lalu!

Rekod penalti Bruno Fernandes

Sejak bergelar pemain profesional, Bruno Fernandes telah menjaringkan 36 gol melalui sepakan penalti. 16 daripadanya dijaringkan oleh Fernandes untuk Manchester United sejak menyertai kelab itu pada Januari 2020.

Untuk rekod, Fernandes kini telah menyempurnakan 27 sepakan penalti tanpa gagal dalam semua pertandingan. Rekod ini termasuklah ketika Bruno Fernandes masih lagi bersama Sporting Lisbon.

TiTeknik sepakan penalti oleh Bruno Fernandes yang melompat-lompat sebelum tendangan amat berbahaya dan tidak hairanlah mengapa ada pihak menggesa ianya diharamkan.

“Ianya sukar [untuk penjaga gol]. Apabila anda maju ke hadapan, sambil melompat, melakukan segala pergerakan dari jarak sedemikian, tetapi pada masa sama penjaga gol tidak boleh bergerak,” ujar Ian Wright, bekas penyerang Arsenal mengenai cadangan tersebut.

“Mereka [penggubal peraturan] sepatutnya tidak membenarkan pemain melompat sebegitu, dan ia sepatutnya normal… berlari ke arah bola dan sepak. Jika penyepak boleh bergerak bebas dan penjaga gol tidak boleh, ia adalah tidak adil.”

Apa yang dikatakan Wright mungkin benar. Namun ini tidak bererti tiada penjaga gol pernah menafikan Fernandes dari menjaringkan gol dari sepakan penalti.

Rahsia nafikan Raja Penalti

Bruno Fernandes mungkin adalah Raja Penalti. Namun Miguel Soares tidak lokek untuk berkongsi kaedah untuk menyelamatkan sepakan penalti pemain tengah Portugal itu berdasarkan pengalamannya.

“Kejayaan menyelamatkan sepakan itu adalah momen yang membanggakan. Rahsianya ialah gerakan kecil yang saya lakukan ke sebelah kiri,”dedah Soares.

“Saya [bertujuan] bertindak demikian untuk Bruno membuat keputusan selewat yang boleh untuk mengarahkan sepakan. Saya tidak mahu dia mengambil sepakan itu dengan mudah.

“Kami memaksa Sporting ke masa tambahan, dan membuatkan mereka takut sebelum mereka menang 2-1.”

Sindiran Mourinho

Tidak semua pihak melihat kepakaran Bruno Fernandes menyempurnakan sepakan penalti sebagai satu kemampuan yang hebat.

Jose Mourinho dengan sarkastiknya menyindir rakan senegaranya itu. Penyokong pasukan lawan pula jelek melihatnya.

Bercakap kepada media di Portugal, Sport Witness sebelum ini Mourinho pernah berkata:

“Bruno tiba [di Man United] sebagai pemain yang sangat cergas, telah beraksi dengan baik, dan menambah baik pasukan United, dan dia membuktikan dirinya sebagai salah seorang pengambil sepakan penalti terbaik dunia. Ini kerana dia berpeluang untuk menyempurnakan sehingga 20 penalti.”

Tidak terasa komen negatif

Dalam satu temubual berasingan baru-baru ini, Fernandes telah ditanya mengenai komen dari Mourinho itu terhadap dirinya.

“Jujurnya saya tidak terasa pun. Malah saya berpendapat saya memang hebat dalam menyempurnakan sepakan penalti dan ianya tidak lebih dari itu,” kata Fernandes kepada A Bola.

“Saya faham [sindiran Mourinho], tetapi saya mengambil kata-kata itu dengan baik kerana saya seorang yang sangat positif, dan beliau berkata saya menyempurnakan penalti dengan baik.

“Itu adalah realiti. Sekurang-kurangnya saya tidak pernah gagal menyempurnakan penalti sejak tiba di Manchester United. Tidak satu pun yang gagal setakat ini, dan saya berharap saya tidak akan gagal juga selepas ini.

“Saya hanya pernah terlepas dua penalti, satu ketika bersama Udinese menentang Napoli dan satu lagi dalam perlawanan Piala Portugal menentang Loures.”

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Baca artikel menarik lain mengenai Bruno Fernandes melalui pautan di bawah:

5 Pemain Manchester United Yang Balik Lewat Untuk Latihan Tambahan Sepakan Percuma

Analisis: Statistik Dedah Bruno Fernandes Adalah Pemain Tengah Terbaik Dunia

13 Pemain United Yang Terima Gaji Lebih Tinggi Daripada Bruno Fernandes

Statistik Di Sebalik Keyakinan Bruno Fernandes Manchester United Mampu Jadi Juara EPL Musim Ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram

Leave a Reply