Penjaga Gol Futsal New Zealand, Atta Ellayan Dilaporkan Meninggal Dunia dalam Serangan di Christchurch

Pihak pengurusan Semuanya Bola merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan sahabat handai mangsa serangan di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand.

Serangan pengganas ini telah pun berlaku pada Jumaat, 15 Mac lalu.

Mengejutkan

Pihak berkuasa New Zealand telah menyenaraikan nama mangsa yang meninggal dunia dalam serangan tersebut. Salah seorang yang telah menghembuskan nafas terakhir ialah Atta Elayyan.

Elayyan dilahirkan di Kuwait walaupun berketurunan Arab Palestin. Beliau berhijrah ke New Zealand dan menjadi CEO kepada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Christchurch.

Beliau merupakan seorang penjaga gol dalam skuad futsal New Zealand. Elayyan juga merupakan penjaga gol bagi pasukan Canterbury yang beraksi dalam pertandingan domestik futsal di New Zealand.

Elayyan dilaporkan meninggal dunia pada usia 33 tahun.

Pihak berkuasa negara itu melaporkan Elayyan berada di Masjid An Noor. Masjid An Noor merupakan salah sebuah masjid yang diserang di Christchurch.

Belasungkawa

Mantan pegawai Persatuan Bola Sepak New Zealand, (NZ Football) telah menuliskan ucapan yang memuatkan memori bersama Elayyan.

NZ Football telah diberitakan tidak dapat memberikan sebarang komentar disebabkan belum menerima pengesahan rasmi.

Sokongan

Masyarakat New Zealand memberikan sokongan kepada komuniti umat Islam di negara tersebut. Ada juga yang memberikan makanan kepada keluarga mangsa.

NZ Football turut mengambil keputusan menangguhkan perlawanan liga domestik mereka. Sebenarnya, perlawanan pada hujung minggu ini merupakan perlawanan terakhir musim 2018/19.

Kami mengharapkan tindakan paling tegas akan diambil kepada para pengganas yang terlibat. Kami juga mengharapkan keadilan untuk keluarga mangsa.

Semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan beriman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN