Pengurus Sabah Salahkan Paluan Gendang Penyokong Punca Komunikasi Gagal

Wah! Ini adalah satu kejutan yang amat terkejut!

Pengurus pasukan Sabah, Henry Soimpon telah mencetuskan satu kenyataan kontroversi yang pastinya tidak akan disenangi para penyokong Sabah.

Hal ini kerana, dalam sebuah temuramah bersama-sama stesen radio tempatan Atukoi FM, Henry menyalahkan paluan gendang dan dram yang menghiasi suasana Stadium Likas.

Menurut Henry, pukulan gendang dan dram itu terlalu kuat hinggakan mengganggu pihak kejurulatihan pasukan Sabah ketika beraksi dalam perlawanan.

“Kadang kala, kami di bahagian pengurusan mengalami masalah komunikasi apabila arahan yang diberikan kepada pemain tidak sampai kepada mereka.”

“Ia juga memberi kesan kepada para pemain, apabila penjaga gol atau pertahanan ingin berikan arahan kepada penyerang untuk mengawal pemain lawan, mereka tidak dengar kerana paluan gendang.”

Henry juga mengatakan yang skuadnya kadang kala keliru dengan penyokong yang memainkan gendang di stadium.

“Apabila kita mendahului atau ketinggalan dalam perlawanan, rentak gendang itu sama sahaja. Jadi kami pening, mereka ini sokong siapa?”

Kenyataan yang dilakukan Henry ini jelas menimbulkan rasa tidak puas hati penyokong Sabah yang kini begitu teruja dengan prospek pasukan untuk kembali ke Liga Super.

Gambar: Sabah FA

Mereka kini sedang memimpin carta Liga Premier dengan 34 mata selepas 16 perlawanan.

Sabah memerlukan 3 lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan liga buat mereka sekaligus kembali ke saingan tertinggi bola sepak Malaysia untuk musim 2020.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram