Pengurus Argentina Bimbang Pemain Muda Terikat Dengan Bayangan Messi Di Padang

Messi

Pemain muda Argentina pada ketika ini sentiasa dibayangi aksi Lionel Messi ketika di atas padang.

Itulah luahan jujur pengendali Argentina – Lionel Scaloni, tatkala beliau sedang berusaha mengetengahkan bakat muda ke dalam pasukannya.

Scaloni yang dilantik menjadi pengurus tetap oleh Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) pada November tahun lalu mengakui beliau sedang berdepan masalah bagi memberi formula kepada pemain muda yang diserap ke dalam pasukan senior tanpa melibatkan peranan Messi.

Bercakap dalam sebuah rancangan sukan TNT Sports, Scaloni tidak mahu pasukannya terus bergantung harap kepada Messi dan berkata setiap pemain – khususnya pemain muda perlu menjadikan ‘kejayaan’ Messi di Barcelona sebagai platform untuk pemain bersaing serta membuktikan kemampuan yang dimiliki.

MADRID, SPAIN – MARCH 22: Lionel Messi reacts during the International Friendly match between Argentina and Venezuela at Estadio Wanda Metropolitano on March 22, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images) (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Bayang-bayang dirinya (Lionel Messi) masih tertinggal di padang dan mungkin itu sedikit kelebihan untuk beberapa pemain muda dalam pasukan.”

“Kami (pengurusan) selalu berkongsi pendapat dan bertanyakan kepadanya. Dalam perlawanan yang dimainkan Messi untuk pasukan (Argentina), sangat jarang melihat dia memberikan segalannya.”

“Hal terbaik yang boleh kami minta semuanya (pemain) adalah tampil sebaiknya di kelab masing-masing.”

Tagih Messi

Kejohanan Copa America di Brazil, tahun depan merupakan ujian besar yang bakal dihadapi Scaloni untuk memperlihatkan sejauh mana perubahan yang telah dilakukannya setelah dilantik melatih skuad kebangsaan menggantikan tempat Jorge Sampoli.

Mengulas mengenai persiapan pasukan, pengedali berusia 40 itu memberi isyarat yang beliau tetap akan menjadikan Messi sebagai sandaran utamanya.

Argentina’s forward Lionel Messi (L) and team assistant Lionel Scaloni, are pictured during a training session, in Ezeiza, Buenos Aires on May 22, 2018. – The Argentinian team is training ahead of a friendly match against Haiti to be held on May 29 at “La Bombonera” stadium in Buenos Aires, before departing to Barcelona, to prepare for the upcoming FIFA World Cup 2018 in Russia. (Photo by JUAN MABROMATA / AFP) (Photo credit should read JUAN MABROMATA/AFP/Getty Images)

“Kami harus mengambil keuntungan dari fakta bahawa dia harus berada di padang bersama kami. Dia adalah pemain terbaik sepanjang masa, tetapi di padang dia harus menjadi seseorang yang membantu kami untuk mencapai kemenangan.”

“Kami ingin dia dekat dengan bola. Yang kami perlu lakukan apabila dia mengundurkan diri nanti, ada pemain (muda) yang boleh mengisi tempatnya ketika melakukan serangan.”

“Leo adalah seorang penyerang, menciptakan bantuan dan semakin hampir dirinya dengan gawang, itu lebih baik,’ kata Scaloni.

Messi sebelum ini diketepikan dari sebarang perlawanan persahabatan Argentina sejak berakhirnya Piala Dunia di Rusia. Namun pada Mac lalu, Scaloni memanggil semula Messi untuk pertemuan menentang Venezuela.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram