Stereotaip Minta Pengadil Wanita Seterika Baju, Pengulas Ini Digantung Kerja

Seorang pengulas bola sepak radio untuk kelab Chorley FC telah dilarang bertugas kerana dituduh menjerit kepada pengadil wanita bahawa dia sepatutnya menyeterika baju di rumah.

Ketika perlawanan antara Chorley FC menentang Bradford Park Avenue, Ian Livesey telah dituduh mengeluarkan kata-kata; “Anda sepatutnya berada di rumah menyeterika baju, sayang.”

Kenyataan yang dikategorikan sebagai tidak bertanggungjawab itu telah dikeluarkan oleh Livesey kepada pengadil wanita, Rebecca Welch ketika aksi divisyen 6, Liga Inggeris (National League).

Dipercayai kenyataan off-air tersebut telah didengari oleh salah seorang penyokong wanita yang kemudian mengambil keputusan untuk melaporkannya kepada pegawai kelab.

Welch
Pengadil wanita berpengalaman di England, Rebecca Welch. Foto: NurPhoto/Getty

Livesey dikatakan mengeluarkan kenyataan tersebut selepas Welch melayangkan kad merah kepada pemain Chorley FC. Chorley memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 2-0.

Banyak pihak yang merasakan kenyataan Livesey telah melebihi batas dan kelab telah melarangnya untuk menghadiri sebarang perlawanan kelab sementara aduan tersebut disiasat.

Livesey bekerja di sebuah stesen radio tempatan yang telah diwujudkan oleh sukarelawan pada tahun 2001, Chorley FM dan berpengkalan di Lancaster, England.

Dia juga telah menutup ruangan komentar bola sepaknya yang dikenali sebagai MagpiesLive, yang turut bersiaran di stesen radio berkenaan setiap hari perlawanan.

“Disebabkan kejadian baru-baru ini, hasil komunikasi antara pihak kelab dan saya, saya terpaksa mengambil keputusan berat untuk menutup MagpiesLive,” jelas Livesey di Twitternya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan semangat dan sumbangan mereka agar radio terus ke udara, terutamanya kepada para penyokong Chorley FC, sejak beberapa tahun lalu,” tambahnya.

Pengadil wanita tersebut merupakan antara pengadil wanita terbaik dan berpengalaman di England dan pernah mengadili perlawanan akhir Piala FA wanita di Wembley, Mei lalu.

Pihak FA juga pernah mengeluarkan video khas buat Welch sebelum penampilannya mengadili perlawanan akhir tersebut.

Livesey
Pengulas radio Chorley FM, Ian Livesey merupakan penyokong Chorley FC. Foto: Corley Guardian/SWNS.com

Stesen radio berkenaan juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut dan mengesahkan penggantungan tugas Livesey sehingga kes tersebut selesai.

“Chorley FM telah memaklumkan kepada Livesey bahawa dalam situasi ketika ini, semua siaran MagpiesLive akan digantung sementara sementara menunggu siasatan.

“Belum pun siasatan bermula, Livesey pula memaklumkan kepada kami bahawa dia memutuskan untuk menghentikan MagpiesLive dan menarik diri dari Chorley FM,” ujar wakil stesen radio berkenaan, Donna Beckett.

Jelas, bukan mudah untuk menjadi seorang pengulas bola sepak. Segala emosi peribadi perlu diletak di tepi dan ianya tidak boleh mempengaruhi ulasan perlawanan anda.

Kejadian yang menimpa Livesey ini mungkin boleh dijadikan iktibar, walaupun anda hanya pengulas perlawanan biasa. Bagaimana dengan prestasi pengulas di Malaysia?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN