Penganjuran Euro 2028 Dipercayai Boleh Selesaikan Isu Perkongsian Venue, Stadium Usang Di Itali

Presiden Majlis Olimpik Itali (CONI), Giovanni Malago berkata negara tersebut harus mempertimbangkan untuk membida Kejohanan Eropah (EURO) pada tahun 2028 untuk membenarkan naik taraf dan pembinaan baru.

Beberapa stadium di Itali telah menjalani naik taraf ketika negara tersebut menjadi tuan rumah Piala Dunia pada 1990. Namun selepas hampir 30 tahun, kebanyakkannya sudah menjadi usang dan memerlukan baik pulih segera.

Pada Oktober lalu Malago pernah berkata penganjuran kejohanan bola sepak antarabangsa adalah ‘mandatori’ untuk menambahbaik infrastruktur yang daif di Itali.

Stadium San Siro, Milan.

Dan beliau mengulangi cadangan tersebut ketika bercakap dalam satu majlis di Milan, anjuran akhbar harian di Itali, II Foglio.

“Hanya ada satu penyelesaian: Euro 2020,” ujar beliau.

“Ini adalah satu-satunya kaedah yang pasti dan tempoh mandatori yang realistik untuk memiliki stadium serba baharu. Atau, kejohanan-kejohanan ini tidak akan datang lagi ke negara ini.

“Ini satu-satunya cara kerana tidak mungkin akan ada kepastian baik pulih secara berasingan akan dilakukan. Sama ada di Verona atau Naples, Bari atau Cagliari, San Siro atau Marassi, mahu pun di Rom, ia tidak akan berlaku.

“Ia ibarat ‘ibu kepada segala peperangan’, dalam usaha melakukan baik pulih [stadium-stadium]. Apabila Itali menjadi tuan rumah, maka dari utara sehingga selatan, ia [baik pulih dan pembinaan] akan dilakukan.

NAPLES, ITALY – NOVEMBER 01: A general view of stadium before the UEFA Champions League group F match between SSC Napoli and Manchester City at Stadio San Paolo on November 1, 2017 in Naples, Italy. (Photo by Maurizio Lagana/Getty Images)

AC Milan dan Inter Milan sebelum ini mengambil langkah sendiri untuk membina stadium baharu dengan kapasiti yang lebih kecil, memuatkan 60,000 penonton.

Usaha itu seperti mendapat bantahan Datuk Bandar Milan Giuseppe Sala yang mahukan stadium lama dinaiktaraf dan bukan diruntuhkan.

Mengenai pembinaan Stadium San Siro yang baharu, Malago berkata: “Hanya ada tiga pihak berkepentingan di dalam perkara ini, iaitu Inter, Milan [AC] dan juga Majlis Perbandaran Milan. Tidak ada langkah betul atau salah. Tetapi mereka harus melakukan pilihan dan bertindak, atau situasi itu akan terus kekal sedemikian,” ujar beliau.

Rome akan menjadi tuan rumah untuk empat perlawanan di kejohanan Euro pada tahun hadapan. Dan Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC) masih mempertimbangkan sama ada akan membida untuk kejohanan sama pada 2028.

Beberapa stadium di Itali dikongsi oleh sekurang-kurangnya dua kelab bola sepak. Selain daripada San Siro, Stadium Olimpico di Rom dikongsi oleh Roma dan juga Lazio. Begitu juga dengan Stadium Marc’Antonio Bentegodi yang dikongsi Chievo dan Hellas Verona.

NAPLES, ITALY – APRIL 23: A general view of the stadium ahead before the UEFA Europa League quarter-final second leg match between SSC Napoli and VfL Wolfsburg at Stadio San Paolo on April 23, 2015 in Naples, Italy. (Photo by Getty Images/Getty Images)

Pembinaan stadium baharu dijangka boleh memberi lebih banyak pilihan kepada kelab bola sepak untuk memilih gelanggang tuan rumah masing-masing – walaupun FIGC dan Serie A tidak pernah mengadu masalah menyusun jadual perlawanan domestik.

Sebelum ini Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis pernah meluahkan kekecewaan kerana tidak boleh membeli atau melakukan kerja pengubahsuaian terhadap Stadium Sao Paolo, kerana ianya dimiliki oleh Majlis Perbandaran yang mempunyai garis panduan tersendiri untuk kerja-kerja sedemikian.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN