Penang Intai Peluang Curi Mata Berdepan JDT Di Stadium Sultan Ibrahim

Penang FC Thomas Trucha

Tiga mata pertama yang berjaya diraih dalam aksi Liga Super menentang Kuala Lumpur City tempoh hari menjadi tonik buat Penang untuk memberi tentangan sengit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan kedua pada Selasa ini.

Ketua jurulatih Penang, Tomas Trucha meletakkan kepercayaan tinggi ke atas semua pemain untuk meneruskan momentum selepas kembali ke Liga Super pada musim ini dan meneruskan persembahan yang lebih meyakinkan bagi mengatasi Juara Piala Sumbangsih 2021 berkenaan.

Dua pemain pertahanan, Ryuji Utomo dan Rafael Vitor serta penjaga gol, Samuel Somerville akan terus menjadi taruhan Jurulatih dari Republik Czech itu untuk menahan asakan barisan serangan JDT selain selain mengharapkan mereka turut mampu menembusi gawang tuan rumah lebih awal.

“Saya berpuas hati apabila kami dapat memulakan aksi dengan baik untuk meraih tiga mata pertama, dan sememangnya sasaran kami memang untuk mulakan aksi pertama Liga Malaysia dengan langkah kanan,” ujar Trucha yang ditemubual MFL.

“Seterusnya adalah berdepan JDT di mana kami menghormati mereka sebagai pasukan yang kuat, dan Penang FC selaku pendatang baharu Liga Super akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam esok.

Mengakui rekod yang dimiliki skuad kendalian Benjamin Mora itu meletakkan mereka sebagai pasukan pilihan untuk mengatasi pasukannya, beliau bagaimanapun sudah bersedia dengan perancangan terbaik dalam usaha menidakkan pergerakan lawan untuk menguasai keseluruhan perlawanan malam esok.

“Saya berpuas hati apabila kami dapat memulakan aksi dengan baik untuk meraih tiga mata pertama, dan sememangnya sasaran kami memang untuk mulakan aksi pertama Liga Malaysia dengan langkah kanan.

“Seterusnya adalah berdepan JDT di mana kami menghormati mereka sebagai pasukan yang kuat, dan Penang FC selaku pendatang baharu Liga Super akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik pada malam esok.

“Saya memang menantikan aksi menentang JDT kerana apabila kita berdepan lawan kuat, daripada situ kita boleh lihat pasukan ini berada di tahap mana dan boleh nilai balik dekat mana kelemahan ketara yang ada selepas perlawanan.

“Apa-apa pun, kami sudah bersedia dengan segala pelan untuk memastikan pasukan mampu memberi kesukaran kepada JDT dan mengharapkan kita tidak tewas dengan mudah”, jelasnya.

Penang kini menduduki tangga keempat liga, berkongsi tiga mata dengan tiga pasukan lain Selangor, JDT dan Terangganu yang turut meraih kemenangan dalam aksi pertama tempoh hari.

Kredit Foto: Penang FC

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Liga M3: Empat Bekas Pemain Liga Super Perkuat MNY FC

‘Mat Yo Masih Lapar’ – 5 Sebab Sarawak United Dan Liga M 2021 Amat Penting

Kerteh FC & Muzium 3D Kertih Bersatu Pacu Industri Pelancongan Setempat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN