Penang FC ‘Jentik’ Kenangan Penyokong Dengan Corak Permainan ‘Padu’ Berdepan Sarawak United

Azmi Muslim Endrick Casagrande Penang FC 2020 Sarawak United

Menjelang aksi pertama Piala Malaysia 2021 pada malam ini, laman Facebook rasmi Penang FC memuat naik memori salah satu gol ketika menewaskan Sarawak United 4-2 dalam saingan Liga Premier musim lalu.

Dalam aksi pertama Liga Premier yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu, Penang FC membuka aksi dengan langkah kanan menerusi dua gol Casagrande, Amer Azahar dan Endrick dos Santos. Selain itu, mereka menamatkan musim lalu sebagai juara Liga Premier dan meraih tiket ke saingan Liga Super 2021.

Ia kenangan yang indah buat para penyokong apabila mereka meraih tiket ke Liga Super untuk dua musim berturut-turut – kali pertama dalam sejarah. Musim 2019, Harimau Kumbang telah meraih tiket, namun ia ditarik balik selepas mereka berdepan tunggakan gaji bekas pemain import musim 2015 – Reinaldo Lobo.

Manzoor Azwira sekali lagi membawa mereka layak ke Liga Super musim berikutnya dan lebih indah mereka menjuarai buat kali pertama Liga Premier. Corak dan gaya permainan Penang FC di bawah kendalian Manzoor Azwira adalah berlainan dengan apa yang dipamerkan mereka dalam saingan Liga Super musim ini.

Ketika itu, Penang FC banyak menggerakkan bola di bawah dengan gaya permainan pantas seperti tiki-taka.

Malah, media antarabangsa 433 turut berkongsi jaringan menarik oleh Endrick dos Santos ketika berdepan Sarawak United itu menerusi akaun Twitter, Instagram dan juga Facebook mereka. Akaun Instagram syarikat itu sahaja memiliki 27.1 juta pengikut dari seluruh dunia. Penang FC ‘mendonia’ seketika pada ketika itu.

Dengan kapsyen, “Pure tiki-taka delight“, ia menerima pelbagai reaksi di semua platform media tersebut.

Bekas pengendali yang kini merupakan pembantu kepada pengendali, Tomas Trucha, Manzoor Azwira turut dilihat mengenang jaringan tersebut selepas laman Facebook rasmi Penang FC berkongsi mengenainya.

Penang style. Haria Penang Haria,” titipnya yang terpaksa memberi laluan kepada Tomas Trucha mengambil alih apabila beliau tiada lesen Pro AFC yang diwajibkan kepada semua pengendali pasukan di Liga Super.

Rata-rata komen penyokong di laman Facebook Penang FC dan pengendali tersebut berkata yang mereka rindukan gaya permainan itu yang menjadi ‘trademark’ buat Manzoor Azwira selama mengendalikan pasukan.

Dalam saingan Liga Super musim ini, Penang FC berjaya menduduki tangga ketiga liga – satu pencapaian luar biasa, walaupun corak permainan telah berubah secara total di bawah pengendali baharu, Tomas Trucha.

Harimau Kumbang tampil dengan permainan ‘tanpa penguasaan’ penuh perlawanan tetapi memberi fokus kepada hantaran-hantaran tepat kepada penyerang, Casagrande menerusi hantaran lintang atau jauh.

Pasukan-pasukan dan penyokong masing-masing di Liga Super tidak dapat menyaksikan corak permainan sebegitu lagi daripada Penang FC musim ini. Kini, ia hanya mampu dikenang. Adakah corak permainan sebegitu akan kembali dipraktikkan mereka dalam saingan Piala Malaysia nanti? Sama-sama kita nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN