Peminat Tempatan Kagum Pendekatan MFL Dalam Libatkan Penyokong Bantu Kewangan Pasukan

Penyokong tempatan menzahirkan rasa kagum pendekatan Malaysian Football League (MFL) berhubung penstrukturan baharu hak penyiaran Liga Malaysia yang dilihat sebagai satu idea yang segar dan kreatif bagi membantu kewangan setiap pasukan Liga Malaysia.

Selain berikrar sepenuhnya untuk menyokong langkah ini demi membantu sumber kewangan pasukan masing-masing, mereka mengharapkan aplikasi yang bakal diperkenalkan itu berada di tahap terbaik serta mampu memenuhi jangkaan peminat.

Menurut wakil Boys Of Straits (B.O.S), Isfarihin Johari, dia memuji pendekatan MFL yang tidak lagi menggunakan kaedah yang sama iaitu mengharapkan sumber kewangan seratus peratus daripada penaja sebaliknya turut membabitkan bantuan penyokong.

Hubungan yang berbentuk simbiosis ini antara pasukan dan penyokong dijangka akan memberi manfaat kepada kedua-dua pihak bagi jangka masa panjang.

“Ini satu pendekatan yang tidak difikir ramai pihak, satu idea yang segar serta baharu daripada MFL bagi perkembangan Liga Malaysia, cukup bagus sekali pada hemat saya.

“Saya mewakili penyokong-penyokong lain di Johor juga harap akan ada sentiasa idea yang baharu akan datang daripada MFL bagi memajukan lagi Liga Malaysia,” katanya.

Isfarihin juga cukup optimis penyokong di tanah air boleh menerima pendekatan MFL ini berdasarkan peredaran zaman di mana semua perlu menyumbangkan sesuatu jika mahu melihat kemajuan pasukan daripada semua aspek.

“Sejajar tidak lama lagi kita akan memasuki tahun 2020, penyokong-penyokong juga kita dapati semakin matang serta positif dalam penerimaan konsep ini iaitu mereka juga sebahagian tonggak utama dalam pembangunan pasukan.

“Semua peminat mahukan pasukan mereka stabil dalam aspek kewangan, jadi ini adalah satu contoh serta peluang terbaik kepada mereka untuk membantu pasukan, ” katanya.

Musalman Saad

Wakil penyokong Melaka, Musalman Saad, juga teruja dengan langkah penuh berani MFL walaupun mengakui satu cabaran untuk mendidik penyokong untuk mengeluarkan wang daripada poket sendiri jika mahu menyaksikan perlawanan.

Namun, dia yakin idea perkara ini perlahan-lahan akan diterima semua peminat malah paling penting, semua penyokong kini boleh menyumbang sesuatu kepada pasukan walaupun berada jauh dengan pasukan kesayangan mereka.

“Fasa pertama kita kena didik penyokong-penyokong ini agar ada rasa tanggungjawab untuk beri sumbangan kepada pasukan walaupun dalam jumlah yang kecil.

“ Perkara ini juga termasuk penyokong yang tinggal berjauhan dan sukar untuk hadir ke stadium juga boleh berikan sesuatu, jadi semua lapisan peminat buat masa sekarang tidak ada lagi alasan untuk tidak sama-sama membantu, ” katanya.

Satu aspek lain yang turut diberikan penekanan Musalman ialah dia berharap aplikasi itu sudah berada di tahap bersedia sepenuhnya sebelum dinikmati oleh semua peminat pada musim depan.

“ Kita harapkan kualiti yang terbaik daripada aplikasi ini tanpa sebarang ada masalah yang boleh jejaskan mood peminat untuk melanggan.

“Saya yakin dengan masa yang ada ini, aplikasi itu mampu memenuhi jangkaan peminat dan kita harapkan ia lebih baik daripada cara sebelum-sebelum ini, “ katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN