Peminat Musykil, Adakah Perlawanan Antara Liverpool vs Roma Sudah Diatur?

Penyokong bola sepak dari seluruh dunia kini mempertikaikan tentang undian UCL yang berlangsung semalam. Adakah ianya telah diatur?

Masih ingat dengan skandal bola sejuk dan bola panas yang didedahkan sebelum ini dalam undian bola sepak.

Segalanya bermula apabila seorang pemilik pas bermusim AS Roma menerima satu e-maildaripada kelab tersebut yang dengan jelas menunjukkan perlawanan di antara Roma dan Liverpool akan berlangsung di Rom pada 2 Mei.

Ianya sudah dimasukkan dalam jadual perlawanan yang akan dilangsungkan di Stadio Olimpico selepas perlawanan menentang Genoa. E-mail tersebut dihantar 24 jam sebelum undian.

Dalam undian yang berlangsung semalam, adakah secara kebetulan perlawanan di antara Roma dan Liverpool dalam separuh akhir UCL pada 2 Mei di Stadio Olimpico. Roma diundi bermain di Anfield terlebih dahulu.

https://twitter.com/lewissimpsonn_/status/984752561902292992

AS Roma kemudian memberikan kenyataan yang e-mail tersebut adalah untuk simulasi tiket (ticketing test). Ianya telah dihantar oleh sistem secara terus membuatkan pemegang tiket bermusim menerima e-mail tersebut.

https://twitter.com/LostRachid/status/984785580373544961

Namun orang ramai terus menyerang akaun media sosial UEFA dengan mempertikaikan ada konspirasi di dalam undian tersebut. Mereka menuduh UEFA telah mengatur jadual perlawanan lebih awal.

Intergriti UEFA menjadi pertikaian sekali lagi. Musim lalu, akhbar Sepanyol, AS telah menuduh UEFA menggunakan bola haba dalam undian mereka.

Pada 2016, legenda Brazil, Roberto Carlos yang mengendalikan undian untuk peringkat kumpulan telah membuat pengakuan berani. Beliau memberitahu ada bola yang sudah dipanaskan atau disejukkan.

Orang yang melakukan undian akan memegang bola tersebut beberapa saat untuk memastikan mereka mengambil bola tertentu.

Namun UEFA terus menembak balik Roberto Carlos. Pengarah Pertandingan UCL, Giorgio Marchetti berkata:

“Macamana bola itu boleh panas atau sejuk?”

“Saya tak pernah arahkan sesiapa berbuat begitu. Saya sendiri minta mereka supaya lakukan undian dengan jujur. Semua ini satu jenaka.”

Undian separuh akhir UCL semalam dikendalikan oleh legenda Ukrain, Andriy Schevchenko di Nyon. Beliau merupakan duta pertandingan musim ini. Final akan berlangsung di Kiev.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN