Pemilik Leicester City Disayangi Ramai Penyokong

Semasa artikel ini sedang ditulis, Mirror melaporkan yang pemilik Leicester bersama anak perempuannya antara yang berada dalam helikopter yang terhempas.

3 lagi yang berada di dalam helikopter adalah 2 juruterbang dan seorang individu yang masih lagi tidak dipastikan identitinya.

ejadian itu dilaporkan berlaku selepas perlawanan antara Leicester City menentang West Ham United.

Disayangi

Vichai tidak termasuk dalam senarai pemilik yang menghadapi konfrontasi daripada penyokong. Ia bererti beliau disenangi penyokong The Foxes.

Kenapa?

Menurut seorang wartawan Perbadanan Penyiaran British (BBC), Ian Stringer, Vichai sangat merendah diri. Walaupun dikatakan tidak fasih berbahasa Inggeris.

Beliau dilaporkan pernah memberikan makanan dan minuman percuma kepada penyokong apabila menjelang ulang tahun kelahirannya.

Malah, Vichai turut memberikan sering memberikan sumbangan kepada hospital di bandar raya tersebut. Bekas pemain Leicester, Matt Piper menyatakan budi baik Vichai telah memberikan satu contoh kepada pemilik kelab bola sepak Inggeris yang berlatarbelakangkan negara lain.

Keluarga Vichai juga disenangi oleh penduduk Leicester. Mereka telah melakukan sesuatu yang membuatkan ramai pihak di dunia mengenali bandar raya itu.

Dikenang

Pada 2010, beliau membeli Leicester City daripada Milan Mandaric dengan nilai dilaporkan sebanyak 39 juta pound. Leicester sedang beraksi dalam saingan EFL Championship pada waktu itu.

Leicester kemudiannya beraksi di Liga Perdana Inggeris dan memenangi kejuaraan musim 2015/16. Kejuaraan The Foxes itu menjadi kejutan dalam sejarah bola sepak dunia.

Walhal, kelab itu pada awal musim dijangka akan tersingkir divisyen.

Leicester dilaporkan telah menerima pelaburan banyak dari individu terkenal Thailand itu. Antara pelaburan itu ialah pembangunan skuad dan stadium.

Dua minggu lalu, Majlis Bandaraya Leicester meluluskan permohonan pembinaan pusat latihan baru untuk kelab itu. Dianggarkan kos pembinaan ialah 100 juta pound.

Vichai yang bersikap pemurah. Sumber: Sky News.

Legasi

Vichai menubuhkan rangkaian kedai bebas cukai di tanah airnya pada 1989. Beliau dikurniakan dengan 4 orang anak hasil perkahwinan dengan Aimon Srivaddhanaprabha.

Keluarga beliau turut memiliki sebuah kelab bola sepak di Belgium, OH Leuven.

Vichai merupakan memiliki kekayaan yang dianggarkan hampir 4 bilion Pound. Tidak hairanlah, beliau menduduki tangga kelima individu terkaya di negara Gajah Putih itu.

Semoga keluarga Vichai dan Leicester City tabah menerima dugaan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi musibah ini. Kami di Semuanya Bola mengucapkan takziah di atas ujian ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN